RSS Suria

Pengasuh banyak drama! Matahari tegak atas kepala baru nak bangun tidur, kerap sangat guna alasan mabuk hamil

DEK tuntutan kerja, kebanyakan ibu bapa bergantung kepada khidmat pengasuh untuk menjaga anak-anak kecil sementara mereka keluar mencari rezeki.

Namun tidak semua pengalaman bersama pengasuh berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terkilan terhadap sikap pengasuh anaknya yang didakwa sering bangun lewat, sehingga menyukarkan urusan seharian termasuk menghantar anak kecilnya pada waktu pagi.

Sebahagian imej tangkap layar (screenshot) perbualan bersama pengasuh yang dikongsikan wanita berkenaan.

“Anda pernah tak jumpa pengasuh ngeri macam ni? Kita yang hantar anak mengasuh pula kena ikut jadual pengasuh.

“Nak kena tunggu pengasuh bangun tidur, ikut waktu dia tiba-tiba nak cuti serta kena faham hal rumah tangga dia. Kita juga kena faham mabuk pregnant dia la,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kenal 2 bulan, pengasuh minta izin bawa anak kecil balik kampung… Ibu berat hati tapi takut nak tolak

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh ‘redflag’! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak… Paling risau si kecil menangis macam fobia

Menurut wanita itu lagi, bukan sekali dia dan suaminya terpaksa menghadapi kesulitan gara-gara sikap pengasuh tersebut namun mereka memilih untuk bertolak ansur.

Bagaimanapun ujarnya, dek terlalu berlembut, pengasuh berkenaan seolah-olah mengambil kesempatan dan menjadikan situasi dia yang sedang mengalami alahan mengandung sebagai ‘tiket’ untuk meraih simpati.

  • Wanita terkilan pengasuh anak kerap bangun lewat.
  • Pilih untuk bertolak ansur kerana pengasuh sedang hamil.
  • Pengasuh juga sering cuti secara tiba-tiba kerana kurang sihat, sekali gus menyulitkan keadaan.
  • Pengadu akhirnya mencari pengasuh baharu.
  • Netizen menyokong tindakan berkenaan demi elak masalah pada masa akan datang.

Pengadu turut memuat naik beberapa imej tangkap layar memaparkan perbualan antara dia dengan pengasuh terbabit untuk dinilai sendiri oleh warga maya.

Enggan mengambil risiko atau menanggung masalah kemudian hari, wanita tersebut berkata dia dan suaminya sepakat untuk menghantar anak kecilnya kepada pengasuh baharu.

“Aku masih cakap elok-elok yang anak duduk dekat rumah makcik suami aku. Padahal aku dah jumpa pengasuh lain. Aku takut dia kecil hati,” tulisnya lagi.

Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Di ruangan komen, warga maya tampil memberikan reaksi bercampur namun rata-ratanya menyokong tindakan wanita tersebut untuk mencari pengasuh baharu demi mengelakkan masalah di hari mendatang.

“Kenapalah kau baik sangat. Seriously orang mengandung yang jaga? Dengan bangunnya nak tengah hari dah?

“Wahhh best la mengasuh ikut time kita. Boleh pula jadi tukang kejut bangun tidur skali. Carilah orang lain. Sayangi anak anda.

“Nak tanya… macam mana boleh sabar? Aku kalau tiga kali dah kerja tidur je, memang cari pengasuh lain je,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top