RSS Suria

Peniaga bengang pembeli melebih-lebih minta diskaun, tak fikir orang cari rezeki – “Duit tak ada tapi selera tinggi!”

AMALAN tawar-menawar harga jualan merupakan perkara biasa yang dilakukan golongan pembeli sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian.

Bak kata pepatah, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’.

Justeru ramai yang mencuba nasib dengan meminta diskaun kerana bagi pembeli, ia merupakan cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu pada harga murah.

Ramai yang memilih e-dagang sebagai platform perniagaan masa kini. -Gambar hiasan

Ramai yang memilih e-dagang sebagai platform perniagaan masa kini. -Gambar hiasan

Bagaimanapun sesetengah peniaga sukar menerima amalan tradisi seperti itu terutama sekali apabila harga yang diminta pembeli jauh lebih murah daripada yang ditetapkan.

Melalui situasi itu, seorang lelaki meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat pembeli yang disifatkannya sebagai mengambil kesempatan.

Tambahan pula dia sendiri sudah menurunkan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu tawar kerja sembang modal juta-juta, sampai hari gaji bos minta diskaun! Lelaki ini akhirnya tahu cara orang kaya berniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan T20 sanggup bertekak, ayam segar RM15 seekor dikata mahal! Berkeras minta diskaun, tak mahu bayar penuh

“Ada jual barang, letak harga RM270 di e-dagang. Lowballer dan low IQ,” tulisnya ringkas tanpa memperincikan barangan yang dijual.

Pada masa sama dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan individu tersebut.

Berdasarkan paparan mesej itu, pembeli terbabit meluahkan hasrat untuk membeli barangan pada harga RM100.

Cara terbaik adalah setting fixed price, tak ada siapa nak minta diskaun… sejak buat macam tu yang datang hanya true buyer.

WARGA MAYA

Beranggapan ia tidak berbaloi, lelaki ini kemudiannya menyindir pembeli dengan menyatakan harga RM50.

“RM50. Alang-alang tu,” tulisnya membalas mesej pembeli.

Namun malangnya, sindiran yang diberikan itu tidak difahami dan pembelinya menganggap ia sebagai tawaran terbaik.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyatakan ia adalah perkara biasa yang dilakukan pembeli.

Ada juga yang memaklumkan, e-dagang yang digunakannya itu merupakan platform pilihan kebanyakan masyarakat berpendapatan rendah.

“Situ memang tempat pembeli beli harga murah, penjual nak clear barang je, tak mahu untung. Kalau nak jual mahal, bukan situ tempat dia. Orang kaya rileks je bagi harga murah kat pembeli pasal nak clear barang tak pakai di rumah, siap bagi free gift lagi.

“Memang kat sini ramai gila lowballer, harga asal RM600 dah kurang jadi RM300 pun nak kurang lagi… apabila dah bagi kurang, tanya lagi kalau boleh turun.

“Cara terbaik, setting fixed price, tak ada siapa nak minta diskaun. Sejak buat macam tu, yang datang hanya true buyer, nak minta kurang pun setakat RM5 hingga RM10 je.

Common sense jual beli pun kena ada. Sebelum nak minta kurang tu, kau tengok la dulu market jual berapa dan orang tu jual berapa, kalau orang tu dah murah dari harga market, tak payah nak minta murah lagi… duit tak ada tapi selera tinggi,” demikian reaksi warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top