RSS Suria

Peniaga lain ciplak Sate Bhalut, Mark Adam tak marah anggap rezeki cuma pinjaman

TIDAK melenting idea perniagaan Sate Bhalut diusahakan ditiru, penyanyi Mark Adam menganggap ia merupakan pinjaman rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Menurut Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 47, meskipun konsep resipinya diambil oleh peniaga lain, namun keenakan dan rasa asli sate jualannya tidak sama.

“Ya saya nampak, tak ada masalah rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman bukan milik kita.

mark1 - 1

Perkongsian yang dimuat naik oleh Mark di Instagram miliknya.

“Idea boleh ditiru tapi rasa dan kasih sayang akan berbeza,” katanya.

Mark berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan netizen berhubung sebuah restoran mengambil idea menjual produk makanan seperti Sate Bhalut.

Komen tersebut ditulis pada video yang dimuat naik oleh Mark di Instagram memaparkan dia dan pasukannya berusaha gigih melakukan penyelidikan selepas terkait dengan kontroversi harga jualan sate tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Set sate 3 cucuk RM21.90 tak masuk akal, Mark Adam guna daging premium dan bahan mentah berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: Individu bagi reviu buruk bohong beli sate, Mark Adam sudah 2 hari tak berniaga

Netizen mendakwa, selepas kecoh di media sosial berhubung harga Sate Bhalut yang dikatakan agak mahal, ada pula peniaga yang mengambil kesempatan meniru idea produk makanan milik penyanyi berkenaan.

“Kemudian pak*** cilok (curi) Mark punya idea Sate Bhalut selepas dikecam,” tulis netizen.

Penyanyi lagu Marry Me bagaimanapun kekal positif dan mendoakan agar peniaga dan pelanggan di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

mark12 - 1

Mark terus positif dan tidak melatah apabila resipi Sate Bhalut miliknya diciplak.

“Kepada peniaga-peniaga dan pelanggan di luar sana, semoga murah rezeki dan sihat selalu,” ujarnya.

Sebelum ini, perniagaan Mark menerima kecaman netizen selepas set tiga cucuk sate termasuk air berharga RM21.90 dianggap keterlaluan.

Tampil menjelaskan isu itu, Mark memberitahu harga dikenakan adalah munasabah selepas mengambil kira segala kos penjualan termasuk bahan mentah dan sewa tapak perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top