RSS Suria

Peniaga tak lokek kongsi resipi, ‘spill’ bahan rahsia sup daging… Confirm padu macam kedai makan

SEMPENA Hari Raya Aidiladha, mesti ramai dalam kalangan kita yang turut serta melaksanakan ibadah korban.

Banyaklah daging korban yang disedekahkan jiran tetangga atau saudara mara untuk sama-sama berkongsi rezeki.

Salah satu menu berasaskan daging yang wajib disediakan semestinya sup.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suka makan tapi tak tahu masak! Wanita ajar cara cuci paru supaya tak hanyir, rangup bila digoreng

Rupanya untuk mendapatkan rasa sup yang enak seperti di kedai makan, ada bahan ‘rahsia’ yang perlu anda gunakan.

Apa kata kali ini, anda cuba pula resipi sup daging sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang peniaga makan, Mem EL.

Bahan-bahan:

1kg tulang

500 gram daging

10 ulas bawang merah rose (dimayang)

7 ulas bawang putih (dimayang)

1 labu bawang holland (dimayang)

2 inci halia (dihiris)

2 paket kecil rempah sup

1 paket sup bunjut untuk sup tulang

1 ruas tebu yang dibelah dua

Cara-caranya:

1) Bersihkan tulang dan daging

2) Gaulkan tulang dan daging bersama halia dalam periuk. Masak atas api sederhana sampai air daging kering. Jangan masukkan air dulu.

sup 2

Tulang dan daging dimasak atas api sederhana sehingga air kering. -Gambar FB Mem EL

3) Sambil tunggu air daging kering, tumis darat bawang merah, bawang putih dan bawang Holland yang dimayang halus. Tumis sampai naik bau

4) Masukkan rempah sup sampai naik bau dan masak. Ketepikan

5) Bila air daging kering, masukkan air serta sup bunjut, sup tulang, sebatang tebu dibelah dua. Rebus hingga empuk

sup 3

Bawang ditumis kaedah ‘tumis darat’ sebelum dicampurkan bersama daging serta tulang yang direbus. -Gambar FB Mem EL

6) Setelah empuk, masukkan tumisan bawan dan rempah tadi

7) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

8) Taburkan daun bawang dan daun sup. Sedia dihidang

Oh ya, jika tiada tebu batang, boleh tukar dengan air tebu asli. Air tebu ini untuk menggantikan gula putih dan rasanya lagi sedap berbanding gula.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top