SELAIN tuntutan agar mencari rezeki yang halal, umat Islam juga disaran supaya menjaga adab bagi memperoleh keberkatan.
Namun tidak dinafikan ada segelintir individu yang gagal mempraktikkan adab ketika mencari rezeki, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini di TikTok.
Menurut wanita tersebut, kejadian berkenaan berlaku di sebuah tanah perkuburan ketika dia menziarahi pusara arwah anak perempuannya.
Suasana di sebuah tanah perkuburan ketika waris bergotong royong membersihkan kubur. -Gambar hiasan
“Ada orang yang buat part-timebersihkan kubur, jadi kita bayar dia. Tapi ada seorangpakcik tu, tiba-tiba dia cakap… kau jangan pakai mereka… tak ada permit.
“Saya cakap… tak apa pakcik… kita share rezeki. Lepas tu dia bising-bising. Dia ada bawa dua orang bersamanya, dia cakap… kau tak nak pakai (khidmat) mereka ni? Mereka ni tak makan tau… kau tak kesian ke?.
“Mereka (dua pekerja itu) bukan orang sini. Kemudian dia cakap… kau memang bodoh. Dua kali. Dekat kubur juga nak cari gaduh,” ceritanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita niat pasang rumput tiruan di kubur arwah sahabat, persoalan peniaga terjawab selepas lama berbalas mesej
ARTIKEL BERKAITAN:Rezeki tanah kubur… Wanita terkejut didatangi peniaga karipap, berjaja tengah panas – “Sebelum balik nampak tinggal satu kat tangan”
Menurut wanita tersebut, meskipun terkejut dilontarkan kata-kata makian, dia mengambil langkah untuk berlalu pergibagi mengelakkan perang mulut berterusan.
“Kalau anda pergi kubur, terpulanglah kepada siapa anda nak upah. Rezeki itu hakanda untuk berkongsi dengan sesiapa.
“Tapi pakcik ini benar-benar buatkan saya hilang kata-kata. Memang dia orang tua, tapi tak patut dia cakap macam tu hanya sebab tak upah pekerjanya,” luahnya lagi.
Orang tua memang ada spesies mulut tak ada insurans.
NETIZEN
Perkongsian wanita tersebut sehingga kini meraih lebih 81,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan reaksi netizen yang bercampur.
Malah ramai turut berkongsi pengalaman berdepan dengan golongan tua yang tidak pandai menghormati orang lain dan ‘cakap lepas’.
Kita perlu menjaga adab tidak kira di masan sahaja berada. -Gambar hiasan
“Masa nak bayar dekat kaunter, kita sampai dulu dekat cashier… tak semena-mena seorang makcik datang menyelit dan letak barang dia. Kalau muda, nak je sound.
“Pernah kena marah dengan pakcik driver bas sebab kita beriya cari seat yang betul. Dia perli beritahu duduk je mana-mana. Tak tahu kenapa mood dia hangin sangat.
“Orang tua memang ada spesies mulut tak ada insurans. Ingat orang muda je kena hormat dan ikut cakap dia,” komen netizen.