RSS Suria

Penjawat awam merungut kena hadir kursus, majlis rasmi pada hujung minggu… Kesian anak-anak tanya kenapa asyik sibuk

SEORANG penjawat awam meluahkan rasa terkilan apabila kursus dan majlis rasmi kerajaan sering diadakan pada hujung minggu.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu melahirkan rasa kecewa kerana hari Sabtu dan Ahad sepatutnya menjadi masa untuk berehat bersama keluarga.

“Kenapa la suka buat program waktu hari minggu contohnya Jumaat, Sabtu dan Ahad? Ini waktu bersama keluarga.

“Patutlah makin ramai penjawat awam rasa tertekan. Minggu ni kursus, minggu depan operasi.

“Pendek kata, susah nak ada masa rehat pada hujung minggu. Hadap jela," luahnya.

Kawasan pantai antara lokasi pilihan untuk peserta kursus. -Gambar hiasanKawasan pantai antara lokasi pilihan untuk peserta kursus. -Gambar hiasan

Kata wanita itu, walaupun ia membebankan, sebagai penjawat awam mereka terikat dengan tanggungjawab.

“Tak boleh nak salahkan sesiapa, sebab kita sendiri yang sign ‘saya menurut perintah’.

“Jadi nak tak nak kita sebagai orang bawah ni kena hadap,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kenal tak sampai sehari, peserta kursus sibuk tanya maklumat peribadi… Apa hal nak tahu suami kerja apa, di mana?

ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah naik darah peserta kursus guna nama ‘catchy’, degil tak ikut nasihat… Rupanya sah ‘Baby Girl’ dalam rekod JPN!

Tambahnya, perkara yang meruntun jiwa apabila anak-anak mula bertanya kepada ibu bapa mengenai aktiviti pada hujung minggu.

“Kesian anak-anak yang selalu tanya, kenapa asyik sibuk,” katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat pertikaian dalam kalangan netizen yang mendakwa bukan setiap hujung minggu kursus atau majlis rasmi diadakan.

Kalau buat hari biasa nanti orang kata pekerja kerajaan malas sebab kursus hari kerja… kaunter banyak tutup.

NETIZEN

“Bukannya tiap minggu pun. Macam kami ada team building, Jumaat sampai Ahad, senang hari minggu.

“Boleh hantar ke rumah pengasuh atau balik kampung. Kalau hari bekerja tak ke jenuh nak fikir uruskan anak sekolah.

“Kalau buat hari biasa nanti orang kata pekerja kerajaan malas sebab buat kursus hari kerja. Nanti kaunter banyak tutup,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Namun, ada juga warga maya yang menyokong pandangan wanita itu dengan mendakwa golongan berusia yang gemar mengadakan program pada hari minggu.

“Orang tua je yang suka buat program hari Sabtu dan Ahad ni. Biasa geng muda-muda akan buat Isnin, Jumaat. Hujung minggu tak kacau.

“Kesian dengan staf kerajaan yang terpaksa hadir program waktu hujung minggu,” kata sebilangan warga maya lagi.

Scroll to Top