RSS Suria

Penonton marah jalan cerita ‘Seribu Tahun’ perlahan, Noorkhiriah minta sabar tunggu episod seterusnya

PELAKON Noorkhiriah meminta penonton bersabar apabila ada meluahkan perasaan tidak puas hati jalan cerita drama Seribu Tahun agak perlahan.

Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shafie, 47, memberitahu perjalanan plot drama berkenaan akan berkembang menerusi episod seterusnya.

Kata Noorkhiriah, watak yang dipegang sebagai Nor itu akan memberi kesan dengan babak-babak yang boleh membuatkan penonton menangis.

Noorkhiriah menerima baik setiap komen diterima daripada penonton.

Noorkhiriah menerima baik setiap komen diterima daripada penonton.

“Ramai yang komen cerita ini (Seribu Tahun) tak bergerak-gerak. Sabar.

“Minggu depan segala sakit tangis menangis Nor (nama watak) bermula,” ujarnya.

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Selekeh tak reti bergaya, Noorkhiriah sedih pekerja butik mewah pandang atas bawah

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah kena ‘tahan’ berdepan masalah untuk diuruskan, Noorkhiriah sedia bantu secara percuma

Tidak melenting dengan komen diterima, Noorkhiriah sebaliknya menerima baik respons penonton terhadap drama berkenaan.

Malah katanya, penggambaran drama arahan Sharulezad itu masih berjalan dan pihak produksi akan cuba memperbaiki jalan cerita agar lebih diterima ramai.

“Segala komen akak (panggilan Norkhiriah) terima. Apa pun sama-sama kita tengok minggu depan dan insya-Allah akan cuba diperbaiki.

“Penggambaran drama ini belum habis, doakan ya terima kasih semua,” katanya.

Sebelum ini, Seribu Tahun menerima pelbagai reaksi penonton termasuk ada yang menganggap jalan cerita drama 24 episod ini terlalu perlahan.

Noorkhiriahmenerima baik respons penonton.

Malah, babak flashback yang digarap Sharulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat memberi sedikit kekeliruan kepada penonton.

Selain Noorkhiriah, Seribu Tahun turut dibintangi pelakon popular termasuk Azhan Rani dan Emma Maembong.

Drama tersebut sudah mula disiarkan sejak 5 Mac lalu di saluran Astro Ria pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top