GARA-gara tidak mahu dianggap mementingkan diri, seorang wanita yang menaiki tren Projek Transit Aliran Ringan (LRT) menawarkan tempat duduk kepada individu lain yang dianggap lebih memerlukan.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka niat baiknya memberikan tempat duduk kepada penumpang wanita tersebut berakhir dengan insiden memalukan.
Mana tidaknya, tawaran itu ditolak kerana wanita yang disangkakan sedang hamil itu sebenarnya tidak mengandung.
Bertimbang rasa dengan tidak berebut menaiki pengangkutan awam adalah perbuatan terpuji. -Gambar hiasan AI
“Korang kalau pregnant, perut kecil, buncit sikit je. Minta tolong, kalau nak duduk dalam LRT, tolonglah inform kami yang tengah duduk ni.
“Cakap je nak duduk. Bukan apa, tadi aku dah terkena, aku tegur sorang ni ‘miss, have a seat’, kemudian dia cakap ‘i’m not pregnant’,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyampah terpaksa tengok pasangan terlebih manja dalam LRT, berpeluk erat tanpa malu – "Kau rasa aku berminat ke?"
ARTIKEL BERKAITAN: "Macam LRT dia punya" – Sudahlah buang sampah merata, selamba buka kasut… Penumpang biadab makan dalam tren
Situasi itu membuatkan wanita itu berasa bersalah kerana sama sekali tidak berniat untuk menyinggung atau menghina, sebaliknya hanya ingin membantu.
“Sumpah aku tak judge dia buncit. Lepas ni aku buat bodoh je. Melainkan perut dia betul-betul besar,” katanya.
Selepas kejadian itu, wanita berkenaan mengakui kesal dan sedikit trauma apabila berdepan individu yang berbadan besar.
“Sekarang aku nampak orang perut buncit, aku mesti terfikir dia ni mengandung ka buncit, aahh penat fikir,” katanya.
Bila tanya berapa bulan? Dia senyum dan cakap ini buncit.
NETIZEN
Dia juga berharap agar mana-mana wanita yang benar-benar hamil agar tidak segan untuk memaklumkan kepada penumpang lain jika memerlukan tempat duduk.
Netizen mengakui perkongsian wanita itu menghiburkan dan lucu, namun mereka juga pernah berdepan dengan situasi sama.
Reaksi netizen
“Lepas habis cuti bersalin, ada seorang laki bagi isyarat usap perut dan minta saya duduk. Saya cakap tak hamil, muka dia rasa bersalah.
“Masa belajar saya dengan kawan naik feri, sebab mabuk laut kawan macam nak muntah dia pula badan berisi. Ada makcik tanya berapa bulan. Tak nak malu dia cakap empat bulan.
“Saya pernah tegur seorang akak ni, badan dia besar macam orang hamil, bila tanya berapa bulan. Dia senyum dan cakap ini buncit,” katanya.