RSS Suria

Penyanyi rap Nico meninggal dunia

PENYANYI rap Nico disahkan meninggal dunnia kira-kira pukul 11 malam Jumaat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhkir di kediaman rakannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada usia 53tahun.

Pemergiannya dimaklumkan oleh bekas penguruskumpulan Nico iaituAyob Abd Majid yang memberitahu penyanyi itu singgah di rumah rakannya sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

“Sudah menjadi kebiasaan, arwah akan singgah ke Kampung Baru, walaupun tinggal di Cheras.

Nico ketika menyertai GV8.

“Bagaimanapun, arwah sudah tidak bergerak ketika rakan cuba mengejutkannya,” katanya.

Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Roslan Saleh meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Azam Smile meninggal dunia dalam keadaan meniarap di rumah, tak sempat jamah makanan dipesan

Nico atau Abdul Fashah Abdul Aziz sebelum ini juga merupakan anggota kumpulan Nico yang turut dianggotai oleh Affa dan Dino.

Kumpulan Nico mula aktif pada awal 1990-an dan pernah menghasilkan tiga album.

Mereka antara kumpulan terawal yang mempopularkan genre rap dengan lagu mereka seperti Ini Nasibku, Alamak dan Untukmu Sayang.

Nico juga pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-lapan (GV8) namun menjadi peserta pertama tersingkir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top