RSS Suria

Perbelanjaan bulanan Cik B RM300,000 sebulan, tak lagi minta izin Vida – “Boleh beli rumah teres setiap bulan”

RAMAI yang terkejut apabila anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dia memperuntukan lebih RM300,000 untuk berbelanja setiap bulan.

Menerusi segemn Pasang Badan yang disiarkan dalam akaun TikTok milik penyampai radio Raden, Cik B juga memberitahu dia kini boleh berbelanja tanpa meminta izin ibunya.

“Bukan nak riak tapi sebulan RM300,000 (untuk belanja). Dulu minta izin mama, sekarang tidak,” katanya.

cik b 3

Cik B ada citarasa sendiri dalam pemilihan gaya.

Program tersebut mendedakan pakaian yang biasa digayakan oleh selebriti jemputan dengan menyebut pilihan, jenama dan harga barangn tersebut.

Malah ramai kagum apabila Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mengenali jenama mewah fesyen antarabangsa walaupun masih muda.

Secara kasar penampilan Cik B ketika muncul dalam program tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM118,800 termasuk aksesori cermin mata, jam dan beg tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji nampak manis bertudung, Cik B belum sedia tutup aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki

Salah satu yang mencuri tumpuan adalah jam tangan jenama Omega berharga RM90,000 yang menjadi kegunaan harian Cik B.

Malah dia juga katakan ada menyimpan jam tangan jenama Chopard berharga ratusan ribu yang hanya dipakai untuk majlis tertentu.

“Jam ini dah beli pakailah. Kalau tak pakai dosa.

cik b 2

Antara koleksi jenama mewah milik Cik B.

“Jam Chopard tu kalau saya pakai kena kerat tangan,” ujarnya.

Antara lain Cik B memakai kasut jenama Balenciaga (RM7,000), beg tangan (Louis Vuitton – RM12,000) dan kaca mata hitam (Balenciaga – RM5,000).

Meninjau di ruangan komen ramai yang tidak percaya sehingga ada yang menganggap penampilan tersebut terlalu mewah.

“Kereta Honda Cik B letak di tangan jer.

“RM300,000 sebulan? Aku RM30 pun belum tentu.

“Cik B belanja RM300,000 setiap bulan, boleh beli rumah teres setiap bulan,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top