RSS Suria

Percaya rezeki Allah, kata-kata warga asing ini bikin pemandu e-hailing sebak… Masih mampu ketawa walau 5 bulan majikan tipu gaji

UJIAN setiap individu tidak sama, namun yang pastinya ia mengajar seseorang untuk menjadi lebih kuat.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang pemandu perkhidmatan e-hailing ini mengenai penumpangnya yang sedang berdepan masalah lantaran dakwaan ditindas majikan.

Menurut pemandu wanita berkenaan, penumpangnya yang dipercayai berbangsa asing secara spontan meluahkan masalahnya ketika mereka berbual kosong sewaktu dalam perjalanan ke destinasi yang ditujui.

Menerusi video yang dikongsikannya di laman TikTok, penumpang lelaki tersebut dengan sopan memberi salam sebaik membuka pintu kereta dan bertanya khabarnya.

Penumpang lelaki berkenaan secara spontanberkongsi masalahnya kepada pemandu e-hailing.

“Assalamualaikum. Ada baik ka?” kedengaran suara penumpang berkenaan menyapa dalam bahasa Melayu yang sedikit pelat.

Menurut pemandu tersebut, ketika dia bertanya kembali khabar penumpangnya, lelaki berkenaan menjawab ‘baik’ namun diselangi tawa seolah-olah cuba menutupi kesulitan yang dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Pakistan tak dendam ditumbuk, disamun di Malaysia! Balik negara sendiri jadi bos, ada lebih 100 pekerja

ARTIKEL BERKAITAN:Betul-betul ‘bertatih’ bina kerjaya walau ada ijazah! Mula-mula cuci longkang, najis… kini kerja kilang warga asing jadi bos

“Saya tak ada kerja,” sambungnya sambil ketawa kecil.

Menurut pemandu tersebut, penumpangnya kemudian membuka cerita dan memberitahu majikannya tidak membayar gajiselama lima bulan sedangkan dia bekerja keras untuk menyara ibu bapa dan adik-beradiknya.

Sedih betullah dengan manusia yang pakai tenaga orang tapi tak bayar. Walau apa bangsa dan agama sekali pun, dia tetap manusia.

NETIZEN

Biarpun hebat diuji, penumpang berkenaan masih mampu tersenyum dan menerimanya dengan tenang.

“Allah SWT ada,” kata penumpang itu lagi, sekali gus membuatkan pemandu berkenaan tersentuh.

Tambah pemandu tersebut, penumpang berkenaan sempat memintanya berhenti di gerai buah dan kedai runcit kerana mahu singgah untuk membeli buah tangan untuk abangnya yang kurang sihat.

“Semoga dapat kerja yang lebih baik ye bhai. Allah SWT ada. Doa dan usaha,” tulis pemandu berkenaan pada ruangan kapsyen.

Netizen meluahkan rasa simpati terhadap penumpang berkenaan.

Perkongsian video tersebut yang hingga kini meraih lebih 362,000 jumlah tontonan ternyata turut membuatkan rata-rata warga maya sebak.

Dalam masa yang sama, mereka mendoakan agar lelaki berkenaan dipermudahkan urusan untuk mencari rezeki.

“Apabila kena tipu di perantauan memang sakit. Bhai, saya doakan semoga ada sinar di bulan Ramadan.

“Sedih betullah dengan manusia yang pakai tenaga orang tapi tak bayar. Walau apa bangsa dan agama sekali pun, dia tetap manusia.

“Moga Allah gantikan lebih banyak rezeki kepada dia. Dianiaya tapigelak nak tutup sedih di hati,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top