KETERUJAAN pelakon dan usahawan Hanis Zalikha bercuti di Soneva Jani, Maldives bersama keluarga sedikit terbatas apabila dia mengalami alahan terhadap sinaran matahari.
Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, bagaimanapun berkata alahan tersebut tidak menghalangnya untuk terus melakukan aktiviti luar bersama ahli keluarga memandangkan ia juga merupakan kegemarannya.
“Teka siapa yang alah dengan sinaran matahari? Tetapi saya sangat suka dengan penggambaraan dan aktiviti luar,” katanya.
Hanis berkongsi keadaan dirinya selepas seharian di pantai.
Hanis berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya yang turut memaparkan tangan serta jarinya bengkak dan kemerahan akibat alahan tersebut.
Disebabkan masalah itu, Hanis memberitahu dia terpaksa mengambil ubat sekiranya alahan tersebut berlaku dan penyakit itu akan sembuh apabila dia duduk berehat di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN:Sekufu tentang prinsip hidup, Hanis Zalikha bertuah dapat suami macam Hairul Azreen
ARTIKEL BERKAITAN:Hanis Zalikha tiada lagi kaitan dengan pekerja pecah amanah, harap majikan lain tidak berdepan pengkhianatan sama
“Jadi makan sahaja ubat antihistamine kalau naik gatal-gatal. Bengkak hanya akan surut jika saya duduk di dalam rumah,” luahnya.
Sebelum itu, Hanis turut berkongsi dirinya melakukan beberapa aktiviti seperti bermain jetski serta berjalan dan menikmati hidangan di pinggir pantai.
Terdahulu, Hanis dan suaminya Hairul Azreen menyambut hari raya Aidilfitri di Soneva Jani bersama dua anaknya iaitu Yusof Iskandar serta Alisa Aisyah.
Pasangan ini sebelum ini pernah menjejakkan kaki di resort mewah itu sekitar lapan tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!