RSS Suria

Pergi klinik sebab sakit belakang, terkejut disahkan hamil… Doktor sebak lihat reaksi wanita 7 tahun TTC

SEORANG doktor di aplikasi Thread tular selepas berkongsi kisah pesakitnya yang berjaya hamil selepas tujuh tahun mencuba.

Menurut Dr Amirul Asyraf Rusli, pesakit wanita berusia 30-an itu langsung tidak menyedari dia sedang berbadan dua.

Sebaliknya, wanita itu hanya datang ke klinik kerana mengalami masalah kesihatan lain.

Dalam sesetengah kes, ada wanita yang tidak menyedari mereka sedang berbadan dua. -Gambar hiasan AI

“Alhamdulillah. Hari ini dengan izin Allah berjumpa dengan seorang pesakit wanita. Kahwin tujuh tahun, masih belum ada zuriat.

Trying to conceive (TTC) tujuh tahun. Datang ke klinik sebab sakit belakang sangat, baru lepas angkat barang-barang pindah rumah.

“Bila tanya mendalam, rupa-rupanya ada sakit perut dan bloated selalu, lagi-lagi bila makan berminyak,” ujar doktor itu memulakan cerita.

  • Wanita tak sangka hamil selepas tujuh tahun mencuba.
  • Datang ke klinik kerana sakit belakang dan perut kembung.
  • Doktor buat imbasan dan UPT, keputusan positif.
  • Pesakit itu terkejut dan menangis gembira, pernah buat IVF sebelum ini.
  • Doktor tersentuh dan doakan pejuang TTC lain turut dikurniakan zuriat.

Menurut Dr Amirul, dia kemudiannya melakukan imbasan abdomen ke atas wanita itu sebelum menyedari wujudnya denyutan jantung.

Dia turut bertanya tarikh pertama selepas wanita itu datang bulan sebelum mengajaknya untuk membuat Ujian Kehamilan (UPT).

“Pesakit tu rasa pelik, dia tanya kenapa. Nampak macam tak berharap pun ada sinar yang bahagia, macam clueless. Saya kata tak apa, kita buat dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bunting pelamin, wanita TTC gigil famili jadikan hamil satu ‘perlumbaan’ – "Kalah la kena potong macam tu je"

ARTIKEL BERKAITAN: Pejuang TTC dah tak mampu sabar… ‘Dihujani’ petua dapat zuriat selepas nyata kesanggupan terima bayi luar nikah

“Bila tengok UPT, ada dua garisan. Saya pun teruja nak beritahu pesakit. Bila masuk bilik konsultasi, saya hulur strip UPT yang positif. Pesakit clueless, mungkin terkejut.

“Selang beberapa saat, dia terus menangis, terharu. Tak terkata sebab selama tujuh tahun dia TTC dan sudah buat rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sekali,” imbasnya lagi.

Tambah Dr Amirul, dia tersentuh menyaksikan reaksi pesakit itu dan berharap pejuang TTC lain juga akan menerima khabar gembira tidak lama lagi.

Pejuang TTC ‘berperang’ dengan emosi kerana tertekan dengan pandangan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

“Saya pun tersentuh sampai berkaca juga mata. Begitu indah perjuangan pasangan suami isteri ni.

“Saya doakan buat semua yang membaca Thread ni, yang sedang TTC, Allah kurniakam zuriat buat kalian semua pada masa yang tepat, dengan cara yang tepat,” tulisnya lagi.

Scroll to Top