RSS Suria

Perjalanan mungkin sudah berbeza, Syasya tetap sokong Dolla

SETAHUN selepas meninggalkan Dolla, penyanyi Syasya Rizal tetap menunjukkan sokongan terhadap kumpulan berkenaan meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkata, walaupun haluan sudah berbeza namun ia tidak melunturkan kasih sayang di antara mereka.

“Saya sentiasa akan menyokong kerana mereka sentiasa berusaha keras dalam setiap apa dilakukan.

Syasya tumpang gembira dengan pelancaran lagu baharu Dolla.

Syasya tumpang gembira dengan pelancaran lagu baharu Dolla.

“Walaupun perjalanan kami sudah berbeza namun kasih sayang dan sokongan saya tetap bersama mereka.

“Semoga ini hanya permulaan kerana sejujurnya mereka sangat berbakat dan merupakan wanita luar biasa,” katanya.

Syasya berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan di Instagram miliknya tentang kemunculan semula Dolla dengan lagu baharu.

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir setahun tinggalkan Dolla, Syasya ‘comeback’ dengan lagu raya ubat kerinduan peminat

ARTIKEL BERKAITAN:Dolla tak pernah lupakan Syasya, sentiasa dalam ingatan – “Harap dia gembira lihat kami”

Dolla kini dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby.

Kata Syasya, dia tumpang gembira melihat kemunculan semula Dolla dan turut memberi pujian kepada lagu baharu mereka berjudul MWA!

“Alhamdulillah, saya sangat gembira untuk Dolla. Mereka selayaknya diraikan dengan kemunculan lagu baharu ini.

“Lagu baharu mereka sangat catchy dan power, melambang Dolla sebenar,” ujarnya.

Syasya meninggalkan Dolla pada April tahun lalu.

Pada awal Mei lalu, Dolla melancarkan single MWA! hasil ciptaan bersama komposer Chelsea Warner, Gaston dan Roland Lim Shi Jie selepas setahun menyepi tanpa karya baharu.

Menurut Dolla, idea lagu ini hadir sebagai kesinambungan kepada lagu Damelo tetapi dengan unsur lebih segar.

Pada April 2024, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengundurkan diri daripada Dolla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策
Scroll to Top