USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida menyifatkan ibadah umrahnya kali ini sangat bermakna kerana berjaya memasuki kawasan Hijir Ismail sebanyak dua kali.
Selain mengambil kesempatan berdoa untuk dirinya, Vida atau Hasmiza Othman, 53, turut memberitahu dia mendahulukan doa buat mangsa banjir di Malaysia.
“Umrah kali ni sangat luar biasa untuk saya sebab saya dapat buat dengan tertib.
Vida akan salurkan bantuan tambahan buat mangsa-mangsa banjir.
“Saya juga dapat masuk dan tunaikan solat di Hijir Ismail sebanyak dua kali, Hijir Ismail dah buka untuk perempuan waktu malam.
“Selepas selesai umrah saya dahului doa kepada semua mangsa banjir dahulu sebelum doa untuk diri sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar.
Simpati dengan nasib mangsa banjir, Vida berkata dia akan menambah kos bantuan kepada mereka yang terjejas disebabkan bencana alam berkenaan.
Tambah usahawan itu, anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan, 17, atau mesra disapa Kacak akan kembali mengetuai misi bantuan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Vida hulur bantuan RM200,000 buat mangsa banjir di Kelantan, titip doa dari Makkah
ARTIKEL BERKAITAN: Vida tak puas hati caj RM1,300 naik beca di kota London, mengaku pelajar untuk dapat diskaun
“Saya akan tambah bantuan buat mangsa-mangsa pasca banjir.
“Mengenai kos pula belum diketahui, kita lihat pada keperluan mereka macam mana.
“Nanti Kacak akan turun padang lagi untuk berikan bantuan tersebut,” jelasnya.
Sebelum ini, Vida mewakilkan Kacak dengan menghulurkan bantuan sebanyak RM200,000 kepada mangsa banjir di Kelantan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!