RSS Suria

Pernah dituduh ambil dadah kerana kurus, kini bawa nama Malaysia di Eropah! Sanggup belanja 12k sebulan untuk badan

SUATU ketika dahulu, tubuhnya kurus kering sehingga pernah dianggap sebagai penagih dadah.

Namun hari ini siapa sangka Anas Dzulkefflee menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan kecergasan Hyrox di Eropah.

Senang disapa Anas, jejaka sado berusia 29 tahun ini berkata dia sama sekali tidak menyangka dapat melangkah jauh dalam bidang kecergasan yang kini sebati dalam darah dagingnya.

anas2

Anas bakal menyertai satu lagi pertandingan di Singapura pada Jun

“Sebelum mula bermain gim 11 tahun lepas, saya memang kurus. Dulu pernah kena tahan polis, kena buat ujian air kencing. Ada yang cakap saya macam penagih dadah. Perempuan tengok pun tiada selera.

“Saya masuk gim sekadar nak improve fizikal depan cermin. Siapa sangka apabila dah dapat badan yang kita impikan, ia membawa saya ke peringkat yang lebih jauh.

“Pada 13 April lalu, saya menjadi orang Malaysia pertama masuk pertandingan Hyrox yang diadakan di Cologne, Jerman. Tapi Insya-Allah, saya akan sertai Hyrox seterusnya di Singapura pada Jun depan,” ujarnya kepada mStar.

Orang dalam gim itu pun ada masalah mereka sendiri, jadi jangan malu-malu.

ANAS DZULKEFFLEE

Mengimbas penyertaannya dalam pertandingan di Jerman baru-baru ini, Anas berkata dia berpuas hati apabila meraih kedudukan ke-34 daripada 243 peserta lain.

“Pertandingan ini sejauh lapan kilometer (km) yang mana ia menggabungkan lapan stesen. Kena lari 1km, kemudian berhenti di satu stesen. Kemudian sambung lari lagi, berhenti di stesen berikutnya dan sambung lagi sehinggalah yang terakhir.

“Di lapan stesen itu, ada cabaran tertentu yang perlu dibuat, antaranya sled push, sled pull, rowing, farmers carry dan wall balls. Tapi cabarannya kaki saya dah cramp semasa memasuki 3km.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Pemuda ini perjelas foto buka baju masa suntik vaksin bukan nak tunjuk badan – “Dapat tahu last minute, tiada siapa fahamâ€

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG… Rupanya bertugas di balai Puchong je!

“Tapi kru dan martial di sana sangat supportive, mereka beri kata-kata semangat suruh saya habiskan kerana saya satu-satunya orang Malaysia dalam senarai peserta. Dapat nombor 34 pun saya dah bersyukur,” ujarnya sambil menambah dia berjaya menamatkan cabaran itu dalam masa satu jam 58 minit.

Tidak terhenti di situ, Anas berkata dia merancang untuk menyertai lebih banyak pertandingan pada masa akan datang dan mahu kisahnya menjadi inspirasi buat individu lain yang mempunyai minat sama dengannya.

Bercerita mengenai kecintannya terhadap dunia kecergasan, Anas mendedahkan dia juga sanggup berbelanja besar sehingga ribuan ringgit setiap bulan untuk memastikan tubuhnya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

01 anas

Anas sanggup berhabis wang demi menjaga fizikal dirinya.

“Setiap bulan saya belanjakan RM10,000 hingga RM12,000 untuk suplemen, medical check up, yuran gim, gear dan equipments serta makanan. Sebenarnya apabila nampak result, kita tak kisah nak belanjakan duit itu,” ujarnya lagi.

Akhir bicara, Anas turut menitipkan pesan kepada mereka yang mahu melakukan transformasi fizikal agar tidak cepat berputus asa dan memadam rasa malu dalam diri supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

04 anas

Anas pernah kurus sebelum dia menceburkan diri dalam dunia kecergasan kira-kira 11 tahun lalu.

“Saya faham perasaan mereka. Tak kisah orang yang kurus atau orang yang gemuk, apabila kali pertama nak pergi gim mesti rasa takut. Kita rasa malu. Sebenarnya dekat gim tak macam tu. Ia sebenarnya persekitaran yang positif dan saling membantu.

“Orang dalam gim itu pun ada masalah mereka sendiri, sebab itu mereka ada di gim. Jadi jangan malu-malu. Insya-Allah ramai yang akan bantu. Saya dulu pun lalui perkara sama,” pesannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top