RSS Suria

Pertama kali tunai umrah, Kai Hassan sebak tengok Kaabah… Doa dikurniakan zuriat

SAYU dan sebak melihat kebesaran Allah SWT… Itulah yang dirasai oleh penyampai radio Suria FM iaitu Kai Hassan apabila pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah.

Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan, 30, berkata hatinya tersentuh dan rasa bersyukur kerana diberikan peluang melihat Kaabah di depan mata.

“Perasaan itu hiba dan sayu sangat-sangat, rasa macam diri ini kecil sangat. Mana tidaknya beratus ribu orang minta ampun dan kau salah satu dipilih menunaikan umrah dan menyucikan diri di situ.

Kai doa agar dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Rasa bangga memang lain macam bila dapat peluang menjadi tetamu Allah.

“Saya sebak bila lihat Kaabah jadi terkenang semula dosa yang dilakukan. Memang semua orang ada dosa tapi terasa sebaknya,” katanya kepada mStar.

Menurut Kai, pemergiannya kali ini bersama isteri tercinta iaitu Azna Anowar, 30, membawa satu doa agar dikurniakan cahaya mata selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, dia sudah lama cemburu melihat rakan-rakannya sudah memiliki cahaya mata berlainan pula dengan dirinya yang masih menanti rezeki itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada lagi Shiera di Suria Petang, Chiwan dan Kai Hassan menangis ‘hilang’ seorang kakak

ARTIKEL BERKAITAN:Kai Hassan deejay baharu Suria FM

“Hajat saya satu saja iaitu saya nak ada anak. Saya dan isteri datang ke Makkah dengan niat yang sama.

“Saya nak sangat jadi seorang ayah sebab rakan-rakan penyampai lain sudah ada anak yang comel-comel tapi saya bila hari raya tak rasa kemeriahan memberi duit raya macam mereka.

“Harap sangat tahun depan giliran saya pun merasai pengalaman itu. Sudah lima tahun saya dan isteri menunggu,” luahnya.

Dia yang pergi bersama-sama pelawak Mamat Sepah dan Shuib menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Hajat saya satu saja iaitu saya nak ada anak. Saya dan isteri datang ke Makkah dengan niat yang sama.

KAI HASSAN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Katanya, dia kagum dengan sikap Shuib yang tidak lokek berkongsi ilmu memandangkan sudah berpengalaman menunaikan ibadah umrah selain saling banyak membantu sepanjang di sana.

“Sebenarnya tidak tahulah apa yang saya doa sampai Allah beri peluang untuk menunaikan umrah bersama Mamat dan Shuib ini. Semua berlaku dengan tiba-tiba.

“Bila buat dengan orang berpengalaman ini seronok terutama Shuib dia tidak lokek ilmu, jadi saya banyak bertanya pada dia apa yang patut buat dan tidak.

Kai tunai umrah bersama Shuib dan Mamat.

“Mereka ini banyak bersedekah dan belanja saya macam-macam ketika di sana,” kongsinya.

Lebih bertambah indah apabila mereka bersama Imam Muda Hassan saling membantu semasa memeluk Kaabah dan juga mencium Hajar Aswad.

“Tapi paling tak boleh lupa apabila mereka juga bawa saya untuk peluk Kaabah, itu memang tidak boleh dilupakan.

“Bawa saya cium Hajar Aswad kerana ini pengalaman pertama saya dan mereka betul-betul jaga saya,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top