SELEPAS lima bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Muntazar Ghufran berlapang dada apabila hubungannya dengan aktres Saidah Kamarudin tidak berakhir ke jenjang pelamin.
Muntazar atau Muhammad Muntazar Gufran, 22, berkata dia dan Saidah, 29, bersetuju untuk membawa haluan masing-masing sejak bulan Oktober lalu.
“Saya nak beritahu bahawa saya dan Nur Saidah Syahira sudah putus tunang pada bulan 10 yang lepas.
Muntazar harap peminat hormati keputusannya.
“Dengan ini saya harap orang ramai menghormati dan tak ada orang bertanya mengenai ini,” katanya.
Muntazar berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada malam Ahad.
Berkongsi lebih lanjut, Muntazar berkata dia dan Saidah, sepakat untuk mengakhiri hubungan mereka secara baik.
ARTIKEL BERKAITAN:Beza 7 tahun bukan penghalang, Muntazar Gufran dan Saidah Kamarudin nikah tahun depan
ARTIKEL BERKAITAN:Hati tiba-tiba terdetik nak kahwin, Aliff Iskandar kini sudah bergelar suami
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan mereka namun berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka.
“Alhamdulillah kami putus dengan keadaan yang baik. Doakan saya dan Saidah semoga kami menuju ke haluan masing-masing.
“Sebab saya tahu kami sama-sama sudah besar dan matang. Doakan kami terus kuat dan berjaya dunia akhirat,” kongsinya.
Untuk rekod, Muntazar dan Saidah mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Mereka juga merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!