BANYAK kes berkaitan pendidikdidedahkan di media sosial termasuklah kisah guru marahkanmurid dan menjalinkan hubungan terlarang dengan suami orang.
Satu lagi kes, seorang wanita mempertikaikan keputusan acara lumba lari sempena hari sukan di disebuah sekolah di Negeri Sembilan.
“Cikgu tak jujur dengan keputusan lumba lari. Murid sepatutnya dapat nombor satu ditukar ke nombor dua.
“Yang dapat nombor tiga ditukar ke nombor satu,” dedah wanita itu mengenai hari sukan yang diadakan pada Ahad lalu.
Acara larian yang menjadi tular di media sosial kerana guru dituduh tidak jujur dalam menentukan pemenang.
Dia juga berkongsi video memaparkan tiga kanak-kanak menyertai acara berkenaan dengan dua memakai baju merah, manakala seorang berbaju kuning.
Kanak-kanak berbaju kuning mendapat tempat ketiga yang juga terakhir dalam perlumbaan berkenaan.
Namun, semasa penyerahan pingat, kanak-kanak tersebutdinobat sebagai juara.
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu dihalau dari sekolah gara-gara bantu anak OKU ‘berlumba’ hari sukan
ARTIKEL BERKAITAN:‘Rare’ kambing sertai hari sukan sekolah, tiba-tiba ‘Abang’ terlepas… kecoh dibuatnya!
Lebih menarik, ibu kepada kanak-kanak berbaju kuning itu juga hairan bagaimana anaknya dipilih sebagai pemenang.
“Baju kuning tu anak saya, saya tak minta anak saya menang. Benda jadi tiba-tiba,” kata ibu kanak-kanak tersebut.
Sebenarnya cikgu dah terangkan pada ibu bapa murid yang terlibat masa kejadian.
GURU
Dia berkata demikian selepas ada yang menuduhanaknya itu adalah anak guru, justeru diberikan kemenangan secara tidak adil.
Sementara itu, seorang wanita dipercayai guru sekolah berkenaan tampil menyatakan sebab kanak-kanak berkenaan menjadi juara.
“Adik berdua berbaju merah itu tidak disenaraikan untuk acara tahun satu. Disebabkan murid pra hanya seorang, guru mengambil inisiatif menjemput mereka berlari bersama, supaya acara lebih meriah dan tidak sunyi.
“Guru juga memberikan peluang kepada mereka untuk turut serta dan menerima hadiah sebagai galakan. Keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa pada hari kejadian,” katanya.
Reaksi netizen
Tambahnya, pihak sekolah juga telah memohon maaf secara terus kepada bapa murid pada hari kejadian.
“Sebenarnya cikgu dah terangkan pada ibu bapa murid yang terlibat masa kejadian. Sekolah kami tak besar, murid pun tak ramai, tapi cikgu-cikgu tetap usaha bagi anak-anak peluang rasa pengalaman bersukan dan bertanding.
“Bila hal ni diviralkan, ramai yang komen tanpa tahu cerita sebenar. Kesian kat murid lain dan keluarga yang tak terlibat pun turut kena tempias.
“Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, tapi selagi boleh bincang elok-elok, eloklah kita bincang. Jangan sampai yang tak bersalah pun terheret sama,” katanya.