RSS Suria

Pilih jalan ikhlas, Khai Bahar batal niat saman penyebar fitnah… Percaya rakan terdekat jadi dalang

PENYANYI Khai Bahar memilih untuk tidak memanjangkan isu selepas seorang pengguna aplikasi X secara sengaja memuat naik hantaran berunsur fitnah melibatkan dirinya.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, menganggap perkara itu telah selesai dan tiada sebarang tindakan saman diambil terhadap pihak berkenaan.

“Sudah selesai, saya pilih ikhlaskan dan lepaskan.

Khai batal niat teruskan saman.

“Tak jadi nak saman sebab dia tak teruskan perkara yang dilakukan itu,” katanya kepada mStar.

Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan muzik video lagu terbaharunya berjudul Beri Sedikit Waktu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Tambahnya keputusan tersebut diambil selepas individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu memadam semua hantaran di platform berkenaan.

Khai juga yakin perkara itu dilakukan oleh kenalan terdekat namun tidak pastinya motif di sebalik perbuatan menyebarkan fitnah sebegitu.

ARTIKEL BEEKAITAN: Melampau tuduh Khai Bahar bukan-bukan, bergambar dengan adik ipar lelaki pun kena fitnah

ARTIKEL BERKIATAN: Tayang badan makin sado, Khai Bahar tak boleh halang imaginasi pelik netizen

“Saya tak tahu siapa dia dan semua hantaran itu telah dipadam. Dia guna akaun palsu.

“Tapi saya rasa macam orang terdekat sebab dia ada screenshot hantaran yang hanya dikongsi kepada close friend di Instagram. Saya rasa tak perlu buat begitu kerana dia tahu apa itu maksud close friend.

“Tak tahu apa sebabnya. Tapi pelik sebab dia tahu hantaran di close friend saya. Saya rasa circle orang terdekat saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Khai juga sedia untuk mengakui segala perbuatannya jika dakwaan yang dibuat oleh individu berkenaan disertakan dengan bukti.

Saya juga bukan sempurna, hanya manusia biasa.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Biarpun berulang kali berdepan fitnah di media sosial, penyanyi ini juga tidak akan membatas perkongsian kerana ia menjadi satu kenangan untuk dirinya dan peminat.

“Kalau benda itu ada bukti saya terima tapi ini semua fitnah. Jika tak betul saya kata tidak, ada salah silap saya perbaiki dan minta maaf.

“Saya ini random sikit, kalau nak kongsi saya post saja. Saya cuma nak lebih bahagiakan diri dengan bercakap dan berkongsi.

“Apabila dapat teguran, saya akan turunkan semula hantaran. Saya juga bukan sempurna, hanya manusia biasa,” luahnya.

Khai suka berkongsi momen bersama peminat.

Pada Mei lalu, Khai meluahkan rasa bengang dengan tindakan sebuah akaun di laman X yang memuat naik semula video dia bersama adik iparnya di dalam kereta.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai komen negatif susulan kapsyen pengguna akaun tersebut.

Susulan itu, dia juga memaklumkan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top