SESEORANG itu sanggup berkorban dan melakukan apa saja ketika hangat bercinta.
Fasa percintaan inilah dapat menyaksikan sejauh mana seseorang itu menunjukkan usaha untuk memenangi hati pasangan masing-masing.
Pernah ditinggalkan kekasih, seorang pemuda berkongsi pengalamannya bercinta dengan seorang wanita, beberapa tahun lalu.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
“Ini cerita dulu tau, ex-girlfriend aku pernah telefon pukul 2 pagi nak aiskrim dengan alasan dia period (datang bulan).
“Waktu tu aku gagahkan diri dari Kuala Lumpur ke Damansara pukul 2 pagi, beli aiskrim untuk dia. Dah bagi aiskrim, dia cakap lapar, nak burger kambing atau wagyu di Damansara Perdana tu, aku pergilah beli.
“Akhirnya (suatu hari) depan mata aku masa team aku shoot satu majlis, dia datang dengan lelaki lain naik kereta lambang seladang (Lamborghini). Siap selisih, buat-buat tak kenal. Ada ke patut dia buat aku begitu,” katanya menerusi satu hantaran di laman Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” – Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak ingin kahwin lepas dapat tahu bakal isteri ditangkap basah tepi tasik… Makin geram duit hantaran pun lebur!
Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berusia 34 tahun itu berkata dia tidak berniat untuk mengungkit mengenai pengorbanannya terhadap bekas kekasih, tetapi mahu kisahnya dijadikan pengajaran kepada masyarakat.
“Selepas kejadian itu, saya tanya dia kenapa buat begitu. Dia cakap yang aku selalu tak ada dan sentiasa kerja sehinga tak ingatkan dia.
“Dia ni jenis main order je, setiap bulan hantar bil telefon, bil utiliti dan macam-macamlah suruh selesaikan (bayaran).
“Saya selesaikanlah sebab dia girlfriend. Tapi itulah, apabila kita berkorban macam mana pun, kalau dia tak reti bersyukur, begitulah jadinya (ditinggalkan),” katanya ketika dihubungi mStar.
Sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi insan tersayang. -Gambar hiasan
Lebih mesra disapa Don, dia yang merupakan usahawan dan jurugambar perkahwinan terpaksa melalui fasa yang menyakitkan apabila ditinggalkan kekasih.
“Dia akhirnya tinggalkan saya tanpa pesan. Kemudian dia datang ke pejabat saya untuk menawarkan kerja sebagai jurugambar perkahwinannya.
“Saya pilih untuk tidak mengambil tawaran itu. Memang tarikh kahwin dia tu kami semua satu team sibuk, masing-masing keluar shooting,” ujarnya secara ringkas mengenai perkara itu.
Cara yang terbaik untuk saya move on adalah menyibukkan diri dengan bisnes serta luangkan banyak masa bersama mak ayah.
DON
JURUFOTO PERKAHWINAN
Berdasarkan pengalamannya itu, Don memaklumkan bahawa perkongsian tersebut bertujuan untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
“Pertamanya, jangan terlampau sayang. Sebab apabila terlampau sayang dan kena tinggal macam ni, ia akan ambil masa lama untuk menghilangkan kesakitan itu.
“Malah sebenarnya, sehingga ke hari ini, saya jadi takut untuk commit dalam hubungan baharu disebabkan peristiwa itu,” katanya.
Pemuda itu menganggap kisah putus cinta sebagai dugaan hidup. -Gambar hiasan
Mengenai pengorbanannya ketika itu, bagi Don, dia reda terhadap apa yang berlaku dan cuba membina kekuatan dengan berfikiran positif.
“Saya anggap itu sedekah masa dan wang ringgit pada dia. Saya halalkan, dan ikhlaskan perkara tersebut.
“Cara yang terbaik untuk saya move on adalah menyibukkan diri dengan bisnes sebagai jurugambar perkahwinan dan berada dalam lingkungan kawan-kawan yang positif.
“Paling terbaik adalah meluangkan banyak masa bersama mak ayah. Saya juga banyakkan doa supaya Allah mempermudahkan urusan saya di dunia dan akhirat,” katanya mengakhiri bicara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube