DENGAN undian sebanyak 4.8 juta melayakkan pelakon Anna Jobling sekali lagi membawa pulang trofi Gempak Most Wanted 2024 yang berlangsung pada malam Ahad.
Dalam ucapan kemenangannya, Anna atau Anna Elissa Gustin Jobling, 25, meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang selama ini tidak henti-henti memberikan sokongan.
“Terima kasih kepada mama, papa, keluarga dan peminat. Saya sayang anda semua!,” katanya.
Aina menang kategori Lagu/Audio Tergempak.
Tidak hanya itu, Anna turut memenangi dua lagi kategori dipertandingkan di Anugerah Gempak Most Wanted 2024 (GMWA2024) iaitu menerusi Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak lakonan bersama Amir Ahnaf iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
Dalam pada itu, penyanyi Aina Abdul turut membawa pulang trofi kemenangan menerusi kategori Lagu/Audio Tergempak, Cinta Tak Pernah Tepat Waktu nyanyian bersama penyanyi Indonesia iaitu Fabio Asher.
Antara pemenang lain GMWA2024 adalah Ryan Bakery menerusi kategori Digital Creator (Entertainment) Tergempak, Khairulaming (Digital Creator Foodie Tergempak), Fathi Hussein (Digital Creator Motivation & Education Tergempak) dan Pok Ro sekali lagi dinobat sebagai Digital Creator (E-Sports) Tergempak 2024.
ARTIKEL BERKAITAN:Terima 1.5 juta undian, Anna Jobling pemenang trofi ‘Gempak Most Wanted 2023’
ARTIKEL BERKAITAN:Tetamu hadir ikut tema… Tiada ‘cross dressing’ di karpet merah Gempak Most Wanted 2024
Manakala bagi anugerah khas Wira Wonda Keluang Man of The Year dimenangi oleh Abbe Hae atas usaha mereka dalam memberi impak kepada komuniti masyarakat.
Sebanyak 12 kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian.
GMWA2024 dihoskan oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Alhadad.
Ryan dan Fathi tidak pulang dengan tangan kosong.
Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada Hael Husaini, Nadeera, Zizan Razak, Ernie Zakri, Amir Masdi, Ara Johari, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan, 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Berikut adalah senarai penuh pemenang GMWA2024;
1. Digital Creator (Lifestyle) Tergempak – Amin & Abid Othman
2. Digital Creator (Entertainment) Tergempak – Ryan Bakery
3. Digital Creator (Foodie) Tergempak – Khairulaming
4. Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak – Fathi Hussein
5. Digital Creator (E-Sports) Tergempak – Pok Ro
6. Selebriti Tergempak – Anna Jobling
7. Drama Tergempak – Syurga Itu Bukan Mudah
8. Video Muzik Tergempak – Belum Mulai (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)
9. Lagu/Audio Tergempak – Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (Aina Abdul & Fabio Asher)
10. Program Digital Tergempak – PodcaSterk Keputusan SPM 7G
11. Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak – Sofea Shra
12. Wira Wonda Keluang Man of The Year – Abbe Hae
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!