RSS Suria

Rain kembali ke Malaysia! Konsert ‘Still Raining’ di Genting Highlands 8 Februari

IMPIAN peminat menyaksikan persembahan penyanyi dan pelakon Rain bakal terlaksana apabila selebriti terkenal Korea Selatan itu bakal hadir ke Malaysia pada 8 Februari 2025.

Rain akan menggegarkan pentas Resorts World Genting menerusi konsert jelajah Still Raining anjuran Genting Malaysia.

Menjanjikan pengalaman lebih dua jam penuh bertenaga, Rain bakal menggabungkan elemen retro dan irama moden serta visual memukau dalam persembahannya.

Copy of Untitled - 2025-01-07T130936.866

Rain bakal menampilkan sis berbeza menerusi konsert berkenaan.

Bukan itu sahaja, bintang Kpop itu turut mempersembahkan lagu-lagu popular nyanyian artis lain termasuk Bruno Mars dan New Jeans.

Bukan sekadar konsert biasa, acara ini merupakan bukti penghargaan kepada kerjaya seninya selama hampir tiga dekad serta dedikasi terhadap peminat.

“Jelajah ini memberi saya peluang untuk mengeratkan kembali hubungan dengan peminat dan mengenang detik-detik indah yang telah dilalui bersama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa tercabar dengan pendatang baharu lebih berbakat, Rain terfikir mahu bersara

ARTIKEL BERKAITAN: Janji pelbagai kejutan buat peminat, konsert N.Flying di Malaysia 1 Disember

“Ia juga merupakan kesempatan untuk mencipta pengalaman yang baharu sambil meneroka fasa menarik dalam perjalanan muzik saya,” katanya.

Selain mengimbau semula nostalgia zaman kegemilangannya, konsert ini turut membawa tarikan segar untuk generasi baharu.

Tiket dijual dengan Harga serendah RM398 sehingga RM1,298 bermula 10 Januari ini menerusi laman web rwgenting.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top