HIDUP mewah belum tentu berduit, berkemungkinan individu itubanyak hutang yang tertunggak.
Seperti kisah pemuda ini yang tiba-tiba menerima mesej daripadarakan lama yang memandu kereta mewah dan tinggal di rumah banglo.
Menerusi satu perkongsian, pemuda itu terkejut apabila rakan wanitanya itu menagih simpati bagi meminta pertolongan daripadanya untukmenebus barang kemas yang digadai.
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. -Gambar hiasan
“Pagi-pagi subuh buka mata tengok WhatsApp, seorang kawan ni nak pinjam duit RM6,000. Dia nak tebus gelang emas dia hari ni tamat tempoh.
“Katanya tengah bulan (belum gaji). Kau tak ada mak bapa, adik kakak ke yang boleh tolong kau tebus duit emas tu. RM6,000 tu bukan RM60,” katanya di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang – “Saya pula kena mengemis”
ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda menyampah hadap perangai kawan tiap kali disuruh ‘transfer’ duit bayar hutang, banyak alasan pelik!
Menerusi hantaran sama, katanya, rakan perempuannya itu sudah berkahwin dan kehidupan mereka suami isteri dilihat begitu senang.
Bukan sahaja memiliki kereta mewah, bahkan rakannya itu tinggal di kediaman selesa.
Tak pasal-pasal awak nanti mengemis duit sendiri.
NETIZEN
“Suami kau kaya, pandu kereta BMW. Rumah dua tingkat, banglo dekat Kemensah.
“Tapi nak tebus emas, cari kita pula,” ujarnya.
Meminjamkan wang kepada rakan bukan satu perkara yang mudah. -Gambar hiasan
Namun, dia sedar untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan itu bukan mudah keranarakannya itu hanya muncul ketika dia dalam kesusahan.
“Duit kalau dah jatuh kat tangan orang, memang bermimpilah nak dapat balik. Minggu depan baru aku balas WhatsApp dia, nasib baik aku tutup bluetick,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan rakan pemuda itu dan masing-masing memberikan pelbagai reaksi.
“Yangtak boleh tahan tu dia pandu kereta BMW, kita pakai kereta biasa-biasa je tapi dia minta duit daripada kita.
“Tak pasal-pasal awak nanti mengemis duit sendiri.
“Kalau ada duit, bagi je RM6,000, tolong tebuskan tapi emas tu kita peganglah. Bagi tempoh dua bulan bayar balik, kalau tak boleh bayar, gadai gelang tu,” antara komen netizen.
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策