RAMAI yang beranggapan gangguan seksual hanya berlaku kepada golongan wanita sahaja.
Maka tidak hairanlah apabila pengakuan seorang lelaki di media sosial yang mendakwa dia juga sering menjadi mangsa gangguan seksual dijadikan bahan gurauan.
Berkongsi cerita, dia yang dikenali sebagai Yusof tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap situasi di tempat kerjanya apabila kerap kali disentuh rakan wanita.
Situasi yang dialami itu membuatkan dia menasihati orang ramai agar tidak menormalisasikan perbuatan bersentuhan antara bukan mahram sama ada secara sengaja atau tidak.
Gangguan seksual sering melibatkan golongan wanita. -Gambar hiasan
“Ada seorang perempuan dekat tempat kerja, selalu je berlanggar bahagian badan dia dengan saya.
“Mula-mula saya fikir mungkin dia tak sengaja tapi ada hari tu, saya tengah berdiri dekat suatu tempat ni dan dia datang untuk ‘langgar’ saya.
“Bukanlah langgar kuat sangat… tapi kita ni jaga batas, jadi sangat tak selesa ya,” ujarnya berkongsi situasi dialami.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ 24 jam sebab majikan buat gangguan seksual… HR, bini bos ‘pusing’ cerita – "Saya pula dituduh nakkan laki dia"
ARTIKEL BERKAITAN: Emosi teruk terjejas, mangsa gangguan seksual cari jalan mahu ‘big boss’ dihukum! Ofis cuma beri amaran, tutup kes
Lebih mengejutkan apabila wanita terbabit berterusan ‘melanggarnya’ meskipun dia telah memberi laluan.
Menurut Yusof, pada masa itu, dia sudah berjaga-jaga selepas melihat wanita terbabit menghampirinya, namun sentuhan badan tetap berlaku.
Bimbang situasi berkenaan terus berlaku, dia mengambil pendekatan untuk menunjukkan ekspresi muka kurang senang agar mesej dapat difahami tanpa perlu berkonfrontasi.
- Lelaki juga boleh jadi mangsa gangguan seksual.
- Yusof tak selesa rakan sekerja wanita kerap sengaja sentuh badan.
- Dia tunjuk muka tak suka untuk elak konfrontasi.
- Perbuatan itu berlaku berulang walau sudah diberi laluan.
- Ramai netizen sokong dan seru jaga batas bukan mahram di tempat kerja.
"Thank God dia faham lepas tu. Kita ni kalau tersentuh orang pun terus rasa bersalah dan minta maaf.
“Ini macam tak kisah je main langgar," tambahnya yang kini telahpun berhenti dari syarikat berkenaan.
Dia turut menyifatkan situasi itu sebagai ‘sangat tidak ramah’ dan kurang beradab.
Ramai yang pernah melalui situasi sama.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen, dengan ramai bersetuju bahawa menjaga batas antara bukan mahram perlu diambil serius, walaupun dalam suasana kasual seperti tempat kerja.
“Memang ada perempuan macam tu, lebih-lebih yang kerja kilang dan acah terpaling friendly dengan lelaki.
“Awak kena gangguan seksual tu, boleh lapor kepada HR (sumber manusia).
“Tak lawa, kan? Tapi memang ada perempuan yang tak malu macam tu.
“Aku ada pengalaman masa kerja dan belajar dulu, memang ada je perempuan yang suka sengaja langgar, gesel badan dia,” demikian reaksi warga maya.