RSS Suria

Ramai marah komen ‘SPM 700A’ Sharnaaz Ahmad, siapa faham maksud sebenar tak akan melenting

PANDANGAN dan nasihat pelakon Sharnaaz Ahmad kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

Tidak melatah dengan kecaman dilemparkan terhadapnya, Sharnaaz, 39, sebaliknya menganggap hanya mereka yang memahami maksud sebenar tidak akan melenting dengan pandangan diutarakan.

Walaupun ramai tidak bersetuju namun Sharnaaz memberitahu mereka sedar apa diperkatakan adalah benar.

Copy of Untitled (11)

Sharnaaz membalas kecaman seorang pengguna di aplikasi X.

“Aku rasa yang faham maksud aku tak akan trigger pun, yang panas itu mesti ada tergelincir dekat mana-mana.

“Enjoy semua. Awak semua tahu yang saya betul!,” katanya.

Sharnaaz menjelaskan perkara itu menerusi ciapan di aplilasi X sebagai membalas hantaran seorang pengguna yang tidak bersetuju dengan pandangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad pilih orang biasa sebagai teman wanita, tak mahu dalam kalangan artis

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz dan Nabila sepakat bab anak, bawa Jebat bercuti 5 hari ke Pulau Pinang

Individu tersebut menyelar kenyataan Sharnaaz memberitahu jika seseorang itu mendapat 700A dalam keputusan SPM itu disebabkan mereka rajin berusaha dan bukannya pemalas.

Sebelum ini, kenyataan Sharnaaz menarik perhatian apabila menyifatkan keputusan cemerlang SPM tidak akan berguna jika seseorang itu pemalas.

Katanya, keputusan cemerlang dengan 700A sekali pun tidak akan mengubah apa-apa jika seseorang itu tidak ada sikap malas dalam diri.

“Paling penting kalau 700A sekali pun, kalau anda pemalas, tak guna. Walau dapat 7E sekali pun, kalau usaha cara duit akan menjadi,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top