RSS Suria

Ramai naik jelak pergi bazar raya, setiap lorong jual baju sama… Rupanya peniaga pun kena ‘scam’ dengan pemborong

BERBAKI kira-kira dua minggu lagiumat Islam akan menyambut kedatangan1 Syawal.

Kehangatannya makin terasa apabila sudah banyak bazar raya mula beroperasi dikebanyakan lokasi, terutamanya di pusat membeli-belah.

Namun sesetengah bazar raya dikatakan tidak cukup menarikuntuk memukau pelanggan sehingga kunjungan mereka disifatkan hanyamembuangmasa.

Masing-masing mencuba pakaian sebelum membuat pembelian. -Gambar hiasan

Mana tidaknya, kebanyakan gerai didapati menjual pakaian dan rekaan sama, sekali gus menjemukan para pengunjung.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak jumpa baju raya murah, kecewa harga lebih RM300 sepasang… Pelik ramai sanggup buat ‘installment’ demi nak melaram

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita akur baju raya mahal ada ‘demand’, ramai sanggup berhabis rai Aidilfitri

Boothjualan sampaiberpuluh-puluh, tapi jual baju yang sama dari lorong depan sampai belakang.

“Yang berbeza cuma nama kedai,” luah seorang pengunjung di laman sosial.

Harga beratus-ratus. Semua design sama. Pergi belakang pun sama, mai depan pun sama.

NETIZEN

Menerusi hantaran itu, pengadu mendakwa salah satu punca ia berlaku adalah disebabkan syarikat tertentu atau perniagaan yang diusahakan keluarga mendominasi sejumlah gerai di lokasi bazar yang sama.

Menurut pengadu dia tidakmelarang bisnes keluarga di bazar raya, tapi mereka seharusnya lebih kreatif dalam berniaga.

Pelbagai rekaan baju menarik perhatian pelanggan. -Gambar hiasan

Come on, sampai bila nak dominasi macam ni?

“Kalaupun bisnes adik-beradik, buatlah kepelbagaian dalam rekaan,” katanya.

Selain pilihan baju raya yang sama, dia turut mendakwa harga yang ditawarkan tidak berpatutan.

“Harga jangan cakap la,” katanya yang merujuk kepada harga mahal bagi baju raya yang dijual.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju berdasarkan tinjauan mereka ke beberapa bazar raya, termasuklah peniaga sendiri.

“Harga beratus-ratus. Semua design sama. Pergi belakang pun sama, mai depan pun sama…pening.

“Saya berhenti berniaga baju sebab inilah. Masa ambil dekat pemborong, bukan main cakap tak ada lagi orang ambil design itu ini. Sekali masa pasang booth, sekali dua, tiga kedai jual design sama, harga lain. Geram tau.

“Apabila tak ada saiz, boleh pula dia (peniaga) pergi ambil baju kat depan atau belakang,” komen netizen.

Scroll to Top