RSS Suria

Ramai prihatin nasib Amir Raja Lawak, tapis banyak tawaran kerja… Bimbang ada ambil kesempatan

PERKONGSIAN pelawak Amir Raja Lawak tentang masalah kesihatan bapanya dan isu tunggakan bayaran sebuah stesen televisyen mendapat perhatian banyak pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Di sebalik keprihatinan itu, Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, bagaimanapun berhati-hati dalam menerima tawaran kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kisah hidupnya.

“Saya tahu ada yang ingin beri tawaran sebagai marketing, sebab itu saya akan tapis dahulu. Saya fikir kesan baik dan buruk di kemudian hari.

Amir tidak beri ruang terhadap mana-mana pihak yang cuba ambil kesempatan.

“Saya tak pernah ada isu yang bukan-bukan, jadi memang hindarkan dari perkara sebegitu,” katanya kepada mStar.

Tambah Amir meskipun kini memerlukan wang untuk menampung kos perubatan bapanya, namun dia tidak mahu terlalu terbeban dengan jadual kerja yang padat.

Dalam masa sama pelawak ini juga tidak menyangka masih ramai yang bersimpati akan nasibnya ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hidap kanser usus, Amir Raja Lawak minta stesen TV segera buat bayaran… Tak mahu ansuran atau diskaun

ARTIKEL BERKAITAN: Stesen TV gagal lunaskan baki bayaran RM18,000, Amir Raja Lawak perlu duit segera bantu keluarga

“Orang Malaysia memang prihatin. Ada yang ingin hulurkan bantuan, ramai juga beri sokongan moral. Dalam keadaan begini saya amat terharu.

Amir sebelum ini berkongsi tentang kesihatan bapanya yang didiagnos menghidap kanser usus dan memerlukan wang bagi rawatan.

Dia dan keluarga kini menunggu untuk bapanya itu mendapat rawatan susulan di hospital.

Amir perlukan duit untuk kos rawatan bapa.

“Abah saya sekarang selalu penat sebab makan tak banyak, jadi dia kurang bertenaga. Pergerakan pun sedikit terbatas.

“Kami sekeluarga akan menjaga abah sebaik mungkin. Kami rindu keadaan abah ketika sihat dahulu yang sentiasa ceria,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top