RSS Suria

Ramai tonton ‘Bawah Payung Awan’ secara haram, Nelissa Nizam sedih hasil kerja tak dihargai – “Macam mana kita nak maju?”

HARAPKAN pegar, pegar makan padi adalah ungkapan sesuai menggambarkan kekecewaan pelakon Nelissa Nizam dengan tindakan segelintir pihak menonton drama terbaharu Bawah Payung Awan secara haram.

Sedih dengan apa yang terjadi, Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, 26, menyifatkan usaha pelakon dan kru berhempas pulang menyiapkan projek tersebut seperti sia-sia dan tidak dihargai.

“Saya sedih… bila saya tengok kat ruangan komen ramai yang tengok Bawah Payung Awan dekat Telegram secara haram.

“Kami dah curahkan segalanya untuk hasilkan projek ini, tapi jadi macam ini!” katanya.

Copy of Untitled - 2024-07-27T094157.379

Nelissa berharap penonton memberi sokongan kepada drama tempatan.

Nelissa meluahkan kesedihannya menerusi kapsyen dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nelissa berpendapat industri seni di Malaysia tidak akan bertambah maju meskipun pembikin drama berjaya hasilkan drama berkualiti.

Ia susulan kerana sikap suka mencuri harta intelek orang lain ini masih wujud dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak jaga perasaan bekas isteri suami, Tash Yong ada hak tayang kebahagiaan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu bulan madu sebelum fikir soal anak, Sarah Suhairi impi percutian di Denmark

“Kami sangat hargai apabila semua cakap drama kami best, penuh dengan pengajaran dan motivasi.

“Tapi macam mana kita nak maju kalau anda semua tengok secara haram macam ini!” ujarnya.

Justeru itu, pelakon itu menyeru agar masyarakat menyokong drama tempatan melalui saluran dan platform yang betul.

Copy of Untitled - 2024-07-27T094026.450

Nelissa minta melaporkan akaun Telegram yang memuat naik drama tempatan secara haram.

“Jadi saya minta tolong pada semua, kami perlukan sokongan anda supaya Malaysia boleh boleh hasilkan projek yang hebat macam ini lagi.

“Tolong laporkan sekiranya ada yang sebarkan drama ini di mana-mana siaran Telegram,” jelasnya.

Drama Bawah Payung Awan mula disiarkan menerusi platform penstirman Viu sejak 13 Jun lalu.

Selain Nelissa, drama ini turut menampilkan Nabila Razali, Ben Amir, Muaz Zabir dan Kodi Rasheed.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top