RSS Suria

Rancang tunai umrah bersama, rezeki Roslan Shah dan Ifa Raziah tak putus selepas berbaik

MEMBUKA lembaran baharu dalam persahabatan, pengacara Roslan Shah mula merancang pelbagai aktiviti seni bersama sahabatnya iaitu penyanyi Ifa Raziah.

Syukur masih ramai penganjur acara mahu gandingan mereka berdua, bagi Roslan, 53, apa yang berlaku juga membuka pintu rezeki buat kedua-duanya.

Malah Roslan dan Ifa sama-sama berhasrat untuk mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat selepas mereka kembali berbaik sejak Disember tahun lalu.

Open house mStar with celebrity and prize giving for mStar Baek segment. — AZLINA ABDULLAH/

Ifa dan Roslan tampil menyanyi bersama di acara Terbaek Raya mStar.

“Kami rancang untuk tunaikan umrah bersama tahun ini. Semoga diberi kesihatan yang baik dan segala dipermudahkan.

“Syukur kami telah kembali berbaik dan masih lagi serasi seperti dahulu. Kami mahu buat kemunculan semula menerusi kerjasama lagu dan menjadi pengacara majlis.

“Ini adalah yang terbaik. Selepas hubungan kami kembali pulih, rezeki tidak putus yang mahu gandingkan kami berdua,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:7 tahun bermusuh, Ifa Raziah dan Roslan Shah akhirnya berdamai

ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Roslan Shah gaduh influencer Singapura menjadi, produk dikenali jualan dah capai RM1.3 juta

Melupakan segala sengketa yang berlaku sebelum ini, Roslan juga berharap persahabatan mereka menjadi satu inspirasi buat orang ramai.

Dalam masa sama dia juga tidak mahu masalah lama berulang hanya disebabkan salah faham kecil di antara mereka.

“Apa yang berlaku antara kami juga boleh jadi pengajaran buat orang lain. Lupakan segala masalah lalu dan mulakan hidup baru.

Ifa dan Roslan kembali berbaik sejak tahun lalu.

“Saya harap kami dapat menjadi contoh untuk sesiapa sahaja yang mungkin sedang melalui situasi sama.

“Kalau boleh tiada lagi hal-hal remeh yang boleh jejaskan hubungan kami. Saya juga harap persahabatan kami kukuh seperti dahulu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Roslan dan Ifa bakal berkongsi pentas dalam sebuah acara meraikan sambutan Hari Ibu di Singapura pada 11 Mei ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top