SEORANG ibu pasti akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya walau dalam apa jua keadaan.
Begitulah juga dengan wanita ini yang terasa hati dengan sikap degil anaknya tetapi tetap menitipkan doa yang baik-baik.
Menerusi perkongsian di Thread, wanita itu berkata anaknya mengamuk sehingga bertindak menghempas pintu kerana tidurnya terganggu.
Setiap anak perlu diberi didikan agama sejak kecil. -Gambar hiasan
“Saya kejutkan anak sulung daripada tidursebab dia ada kelas matematik tambahan pukul 5 petang. Dia merungut-rungut marah, hempas pintu tandas sambil bersiap.
“Saya pula sedang siap solat Asar sebab lepas solat nak terus keluar. Dalam hati saya terdetik terasa hati dengan marah dia. Tapi saya ingatkan diri saya ini seorang ibu.
“Detik hati saya pun boleh jadi doa pada anak-anak. Saya terus solat dan dalam solat saya doa moga Allah lembutkan dan bukakan hati dia untuk menerima ilmu,” kongsi wanita itu.
Selalu ingatkan diri sebagai ibu, ucapan dan lintasan hati kita kena selalu yang baik-baik untuk anak.
IBU
Jelasnya lagi, banyak sebenarnya yang mahu dibebelkan kepada anaknya namun dia memilih untuk menyimpannya di dalam hati sahaja.
Malah, dia juga menunjukkan sikap biasaketika menghantar anaknya kerana tidak mahu mewujudkan suasana tegang antara mereka berdua.
“Bohonglah kalau saya pun tak marah. Dia ada sepanjang hari untuk tidur dan rehat, tapi dia pilih untuk tidur just before class. Dia maklum dia ada kelas pukul 5.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak gadis umur 11 tahun nak tengok wayang dengan rakan, ibu sukar beri kata putus – “Bagi sekali akan ada kali kedua”
ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya anak gajah belum mati selepas digilis… Lelaki cerita si ibu cuba tolak kepala lori tapi tak berdaya
“Dalam hati saya berjela-jela bebelan yang nak dituturkan. Kalau keluar ni mungkin macam machine gun bunyinya. Saya tahan.
“Dia masuk kereta masih dengan marah-marah. Saya dengar dia merungut kata kelas ini menyusahkan dia nak tidur. Saya beritahu diri untuk sabar,” ujarnya lagi.
Selepas berakhirnya kelas, dia berkata anaknya pulang dalam keadaan gembira, berbeza dengan sikapnya sebelum itu.
Kanak-kanak dan remaja perlu dididik agar sentiasa menghormati orang tua. -Gambar hiasan
Menurutnya, kejadian itu membuktikan betapa pentingnya untuk seorang ibu sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anaknya.
“Habis kelas, dia kata seronok. Dia faham cikgu ajar. Dia looking forward untuk kelas lagi esoknya. Dia agak lemah matematik, sebab itu saya aturkankelas untuk dia.
“Alhamdulillah Allah jawab doa saya. Selalu ingatkan diri sebagai ibu, ucapan dan lintasan hati kita kena selalu yang baik-baik untuk anak.
“Jangan sangka buruk dengan anak-anak, jangan keluarkan ucapan yang buruk terhadap anak-anak. Sebab doa ibu itu tiada hijabnya,” kongsinya lagi.