RSS Suria

Rezeki depan rumah, pemuda terkejut jumpa sarang burung ‘bersalut’ emas! Tengok rapat-rapat nampak jelas tulisan 916

MEDIA sosial bukanlah sekadar platform untuk berkongsi gambar makan angin atau kafe yang dilawati, kadangkala ia menjadi tempat hebahan berita penting.

Mengambil langkah yang sama, seorang lelaki memaklumkan tentang penemuanrantai tangan emaspada sarang burung di rumahnya menerusi Facebook.

Menerusi akaun Shah Rizal, diamenyatakan pada awalnya terkejut apabila melihat sisa kulit ular pada bahagian bawah sarang burung tersebut.

“Sarang burung emas di halaman rumah aku. Kisah ini pertama kali terjadi dan aku sendiri pun terkejut.

Kulit ular pada sarang membuatkan Shah Rizal ingin mengetahui lanjut tentang jenis burung.

Kulit ular pada sarang membuatkan Shah Rizal ingin mengetahui lanjut tentang jenis burung.

“Awalnya aku cuma terperasan di depan garaj rumah aku ada sesuatu tergantung di tali… ada seekor burung kecil sedang buat sarang.

“Aku pergi lihat dengan lebih dekat sarang tu, mulanya aku terkejut sebab nampak ada kulit ular di bawahnya,” ujarnya yang turut hairan kenapa kulit ular dijadikan bahan membuat sarang.

Keunikan sarang itu membuatkan dia tertanya-tanya jenis burung yang terdapat di dalamnya.

Tambahan pula, rambut manusia juga dijadikan bahan ‘binaan’ untuk menghasilkan sarang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Gelang emas RM8,500 hilang, ustaz dan pelajar tahfiz solat hajat! Pencuri ‘panas’ pulangkan dalam bentuk duit – “Lima kali mimpi wajah sama”

ARTIKEL BERKAITAN:Isi dalam plastik, minta ‘dipulihkan’… Ramai sebak lihat mangsa tragedi Putra Heights cuci barang kemas hilang kilauan

Dia yang ingin mengetahui lebih lanjut kemudiannya meneliti lebih dekat sarang tersebut sehinggalah melihat seutas rantai emas di bahagian atasnya.

“Aku tengok pula atas sarang burung tu macam ada rantai, aku panjat tengok lebih dekat. Terkejut aku bila tengok ada rantai emas dekat sarang tu.

“Aku nak tahu betul atau tidak emas asli, tapi aku tak rosakkan lagi sarang burung tu, aku cuma sentuh sikit untuk tengok adakah emas itu benar asli.

“Ternyata ada tertulis 916 pada rantai emas itu,” tambahnya lagi.

Susulan penemuan berharga itu, dia tidak lagi mengganggu sarang berkenaan dan membiarkannya sehingga anak burung menetas.

Walaupun emas tu harganya beribu ringgit, kalau itu rezeki aku sekali pun, aku tetap perlu iklankan dahulu selama setahun untuk cari pemilik emas yang hilang.

SHAH RIZAL

Pada masa sama, dia berkongsikan kisah mengenainya di media sosial bagi mencari pemilik emas yang hilang.

Namun malangnya, niat baik untuk memulangkan emas kepada pemilik tidak kesampaian apabila rantai emas tersebut hilang dipercayai dicuri.

“Niat yang baik dibalas dengan kejahatan. Selepas aku kongsi di media sosial untuk cari pemilik emas, tak sangka sampai viral 1.2 juta tontonan masa tu.

“Apabila seharian aku tak ada di rumah, selepas pulang sarang burung tu dah hancur dan emas hilang entah siapa yang ambil,” katanya.

Lebih kecewa dia sendiri menjadi sasaran warga maya kerana tindakannya menularkan hal tersebut.

Antara komen warga maya padaperkongsiannya.

Antara komen warga maya pada perkongsiannya.

“Apabila aku updatetentang sarang burung emas dekat media sosial, netizen pakat hentam aku, siap kata… pencuri tak salah, aku yang salah sebab viral.

“Ada tanya kenapa tak ambil simpan emas tu?Rantai emas tu melekat pada sarang burung, kalau aku ambil sudah tentu sarang burung akan rosak,” jelasnya tentang situasi yang berlaku.

Malah katanya, rantai emas tersebut bukanlah miliknya dan dia perlu menguar-uarkan selama setahun bagi mencari pemiliknya terlebih dahulu.

“Walaupun emas tu harganya beribu ringgit, kalau itu rezeki aku sekali pun, aku tetap perlu iklankan dahulu selama setahun untuk cari pemilik emas yang hilang.

“Rantai emas tu pula melekat dekat sarang burung tak sampai hati aku nak rosakkan. Inilah, apabila kita cuba buat baik, tapi ada orang lain ambil kesempatan,” luahnya.

Dalam pada itu, dia menzahirkan rasa syukur kerana burung terbabit masih perbaiki sarangnya yang rosak sehingga terdapat anak burung di dalamnya.

Shah Rizal turut berharap kisah yang terjadi padanya dijadikan tauladan dan pengajaran kepada yang lain.

Scroll to Top