PELAKON Lana Nodin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang mencium Hajar Aswad buat kali kedua ketika melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Kata Lana atau Mazlina Hasan Nodin, 46, dia dapat mencium Hajar Aswad dengan mudah dan dalam keadaan tenang.
“Alhamdulillah rezeki Jumaat kali kedua dapat cium Hajar Aswad dengan tenang.
Lana menunaikan ibadah umrah bersama suami dan anak-anak.
“Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih Allah,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.
Dalam perkongsian tersebut, Lana turut berkongsi video memperlihatkan dirinya sedang mencium Hajar Aswad tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan syukur kerana Lana diberikan dua kali peluang mencium batu dari syurga itu.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun peluk Islam, suami Lana Nodin tunjuk banyak perubahan… Jaga solat dan mampu didik anak ilmu agama
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon BBNU banyak main telefon daripada hafal skrip, Lana Nodin cadang tak payah berlakon – “Cari orang kaya jaga awak”
“Masya-Allah rezeki betul dapat kucup Hajar Aswad dengan beratur dan tenang.
“Alhamdulillah, rezeki bukan mudah nak masuk (cium) tu.
“Masya-Allah, syukur Allah permudahkan untuk mengucup Hajar Aswad ini,” tulis netizen.
Pada 12 Disember lalu, Lana memaklumkan dia dan suami iaitu Mohd Daud McKienzie serta dua cahaya mata mereka iaitu Gia Quinn Mckienzie, 8, dan William Daud Mckienzie, 5, berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Aktres berkenaan memohon doa agar urusan ibadah umrah mereka sekeluarga dipermudahkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!