PELAKON Riena Diana mencuri tumpuan di media sosial apabila meluahkan hasrat mahu miliki cahaya mata sendiri.
Berkongsi video mendukung seorang bayi perempuan, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, menyeru kekasihnya aktor Keith Foo di ruangan kapsyen agar cepat-cepat melamarnya.
“Cepatlah Keith Foo, nak satu macam ni. Tak nak Walid. Janji Comel.
Riena minta Keith cepat melamarnya.
“Cuba korang tag Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat. Terima kasih,” katanya.
Riena berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam pada itu, Keith juga seakan-akan memberi bayangan akan melamar Riena selepas meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.
“Tidak lama lagi sayang,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana sedia beri bimbingan agama, minta jangan bandingkan kisah hijrah bekas isteri Keith Foo
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana hampir menangis sebab terharu, Keith Foo buat kejutan beri hadiah iPhone 16 Pro Max
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar dua selebriti ini disatukan secepat mungkin.
“Cepat Keith, jangan tunggu lama-lama! Nanti kena kebas.
“Tak sabar nak tengok Keith dan Riena junior.
“Cepat sikit Keith, nanti Walid pula masuk jarum,” tulis netizen di ruangan komen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!