SEORANG wanita meluahkan rasa rimas apabila dirinya seolah-olah dijadikan ‘bank bergerak’ oleh individu lain.
Berkongsi cerita, ujarnya, individu terbabit bukan sahaja meminta wang dalam jumlah yang banyak, malah sanggup bermuka tebal meminjam setiap bulan.
“Aku kadang-kadang hilang sabar dengan manusia yang setiap bulan WhatsApp nak pinjam duit.
Seorang individu mengambil kesempatan terhadap sikap baik rakan. -Gambar hiasan
“Dia mesej salam ada RM1,000 tak? Urgent nak guna, kalau tak ada 1k, RM500 pun tak apa,” luahnya menerusi satu hantaran di media sosial.
Lebih menambah rasa geram apabila individu terbabit didakwa memiliki barang kemas besar, namun enggan ‘meleburkannya’ bagi memperoleh wang.
Padahal, pada masa ini harga emas meningkat tinggi dan sememangnya dapat membantu menyelesaikan isu kewangan dialami.
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang – "Saya pula kena mengemis"
ARTIKEL BERKAITAN: Pinjam duit saudara bayar tunggakan kereta, diri jadi modal mengumpat masa raya… Tak siapa pandang pengorbanan jaga atuk, nenek
“Buatkan aku baran, kat tangan dia ada gelang emas besar.
“Pergilah jual gelang tu, tak guna punya perempuan,” tambahnya sambil memaklumkan individu terbabit merupakan saudara rapatnya.
Menurut pengadu ini lagi, saudaranya itu juga pernah bertanyakan sama ada dia mempunyai kad kredit atau tidak.
Kalau saya, akan sekat nombor dia terus walaupun saudara… daripada pening kepala hadap perangai dia.
WARGA MAYA
Tujuan dia bertanya tidak lain dan tidak bukan kerana mahu meminjam wang sebanyak RM10,000 namun tidak menjelaskan untuk apa.
“Masa tu dah cakap tak ada, tapi dia masih WhatsApp minta duit.
“Kita fikir saudara, sebab tu tolong tapi apabila ditolong, dia tak reti nak bayar pula.
Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.
“Memang ‘meroyan’ kat media sosial, mana tahu dia baca dan sedar diri,” tambahnya.
Perkongsiannya itu membuatkan warga maya turut meninggalkan reaksi dan pandangan masing-masing.
“Saya perasan apabila orang terdesak nak pinjam duit ni, perasaan malu tu dah hilang sebab dia berani meminta-minta walaupun dengan orang yang tak berapa rapat.
“Kalau saya, akan sekat nombor dia terus walaupun saudara… daripada pening kepala hadap perangai dia.
“Saya pula kena dengan jiran yang tak kenal pun, dia ketuk rumah dan cakap nak pinjam telefon pukul 11.30 malam,” demikian antara reaksi warga maya.