RSS Suria

‘Rindu’ isteri kurus, suami gigih bantu proses diet… Kecewa usaha tak dihargai, bantai minum air manis di ofis

RUMAH tanggayang baru dibina pasangan ini dalam tempoh setahun lebih mula berdepan ujian apabila si suami meluahkan rasa kecewa terhadap perubahan fizikal isterinya.

Masalah timbul apabila berat badan si isteri naik mendadak sehingga menjejaskan keinginan suamiterhadapnya.

“Sekarang ni sudah kurang bernafsu dengan isteri saya. Sejak kahwin ni berat badan dia makin naik.

Masalah berat badan pasangan boleh menjadi puncarumah tangga goyah. -Gambar hiasan

“Makan dan minum manis selalu. Saya dah pesan jaga badan tu,” cerita lelaki berkenaan dalam satu hantaran di Threads.

Lebih mengecewakan, segala usahanyauntuk membantu isteri menurunkan berat badan seperti membeli suplemen kurus dan memasak makanan sihat tidak dihargai.

Malah, isterinya dikatakan turut ‘mengelat’ dan tidak berdisiplin dengan menikmati makanan tidak berkhasiatdi tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Macam mana nak kerja kalau diri sendiri tak terurus? Rupanya ramai tak percaya pada pekerja gemuk!

ARTIKEL BERKAITAN:Boleh ikut 3 cara ini untuk turunkan berat badan, dijamin selamat… Doktor sendiri dah buktikan!

“Saya siap tolong belikan makanan tambahan kurus, untuk support (sokong) dia dan siap masak makanan diet lagi.

“Tapi bila dia dekat tempat kerja, minum manis. Kecewa rasa. Itu belum masuk perkara lain lagi,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, luahan tersebut mengundang kritikan netizen yang menyifatkan lelaki itu terlalu mementingkan fizikal isteri.

Suami pun dah pesan kawal pemakanan tapi memang ramai wanita suka minum manis.

NETIZEN

Tidak kurang jugaindividu yang tidak bersetuju dengan keluhannyadan menyifatkan lelaki itu terlalu menuntut kesempurnaan.

“Kau tengok badan kau la bang ya. Kalau diri sendiri pun tak pernah menang Mr Universe, tak ketak-ketak… tak payah sembang nak isteri badan lawa.

“Kau cakap apa ni? Tak nampak macam prihatin tapi nampak macam ‘gampang’. Kahwin sebab apa? Nafsu? Sakitnya hati aku dengan lelaki macam ni,” komen beberapa netizen.

Komen netizen.

Namun ada juga yang memahami luahan tersebut dan melihatnya dari sudut tanggungjawab bersama dalam perkahwinan.

“Saya tak faham kenapa ramai wanita nak marah dengan kenyataan lelaki tu. Saya syak tak ada anak lagi sebab kahwin baru setahun lebih dan tak sebut fasal anak.

“Jadi hormon belum berubah kecuali kalau tengah makan ubat. Adalah adil jika mahukan isteri menarik sebab dia kenal isteri dia kurus. Kalau tak, dia cari awal-awal yang ‘tembun’.

“Maksudnya dia suka yang kurus. Suami pun dah pesan kawal pemakanan tapi memang ramai wanita suka minum manis. Dekat ofis tu hari-hari minum air kopi. Jaga badan untuk diri sendiri juga bukan minta jadi supermodel,” komen seorang netizen.

Scroll to Top