RSS Suria

Risau nasib anak cucu… Wanita harap mat salih, golongan expatriat tak ‘usik’ kawasan marhaen

SEORANG wanita meluahkan kebimbangan sekiranya golongan warga asing khususnya ‘mat salih’ dan ekspatriat (profesional warga asing bekerja di Malaysia) mula bermastautin di kawasan penempatan rakyat marhaen.

Baginya, kehadiran golongan itu akan membuatkan anak muda dan generasi akan datang sukar untuk menyewa atau memiliki kediaman sendiri disebabkan peningkatan kos sara hidup dan masalah keciciran.

“Kenapa apabila ada ‘orang putih’ atau ‘expatriat’ minta cadangan nak settle down kat mana di Malaysia ni, korang beria bagi cadangan kawasan kejiranan sendiri?

Malaysia merupakan negara kegemaran mat salih. -Gambar hiasan AI

Malaysia merupakan negara kegemaran mat salih. -Gambar hiasan AI

Gentrification (proses peningkatan status sosial kawasan) is real tau, dah jadi Barcelona, Portugal, Budapest dan Bangkok.

“Contoh paling dekat adalah di Johor Bahru,” luahnya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak teringin letak nama anak ala mat salih, mak ayah bangkang – "Laki bini muka Melayu Jawa"

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer didakwa muak lelaki Melayu akhirnya kahwin jejaka mat salih… Suami asal Netherlands pilih nama Osman

Gentrification akan menyebabkan kawasan perumahan biasa menjadi kawasan yang mahal dan eksklusif kerana harga barangan akan dinaikkan mengikut kemampuan masyarakat setempat.

Susulan itu, wanita ini berharap agar golongan berkenaan hanya tinggal di lokasi-lokasi yang sememangnya sinonim dengan kawasan elit bagi memastikan generasi akan datang dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Budaya agungkan mat salih yang jadi punca, mereka puji sikit terus terbuai-buai dengan pujian tu.

WARGA MAYA

“Jangan baik sangat sampai nanti diri sendiri dan anak cucu yang susah kerana perlu survive di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya nanti.

“Biar mereka duduk dekat area KLCC, Mont Kiara, Bangsar, Desa Park dan Ampang Hilir… cadangkan itu je dah cukup,” tambahnya lagi.

Warga maya bersetuju dengan pandangannya.

Warga maya bersetuju dengan pandangannya.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Tak lama lagi Meru, Klang akan mula dipenuhi orang kulit putih pula.

“Ni setuju sangat, kat Setapak pun tiba-tiba dah ada mat salih masuk kedai biasa.

“Budaya agungkan mat salih yang jadi punca, mereka puji sikit terus terbuai-buai dengan pujian tu.

“Lebih baik tak payah cadangkan apa-apa langsung,” demikian antara reaksi warga maya.

Scroll to Top