KETIKA isu khalwat adiknya iaitu Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz menjadi bualan netizen, pelakon Risteena pula memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, berkata dia enggan mengeruhkan lagi keadaan tambahan pula isu berkenaan juga sudah diselesaikan dengan baik.
“Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar daripada mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif.
Risteena enggan beri ulas tentang isu Ruhainies dan Aliff.
“Tapi sebenarnya hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku.
“Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai,” katanya kepada mStar.
Berkongsi keadaan terkini Ruhainies, Risteena berkata adiknya itu tidak membaca apa-apa komen buruk dan dilihat tenang berdepan ujian berkenaan.
Malah Risteena turut memberitahu mereka ada merancang untuk tunaikan umrah dan beraya di Tanah Suci Makkah seperti tahun lalu.
“Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tidak baca komen.
ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku salah berkhalwat, sudah bayar denda RM3,000
ARTIKEL BERKAITAN:Komen berbaur jahat berdepan tindakan, peguam Risteena ‘screenshot’ semua bukti
“Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa, tapi setakat ni tengok dia okay sahaja.
“Kami juga ada rancang nak tunai umrah dan beraya di sana,” jelasnya
Pada 27 Februari lalu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan kes khalwat melibatkan Aliff dan aktres Ruhainies telah selesai.
Malah kedua-dua mereka sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000 selepas membuat pengakuan bersalah.
Ruhainies dan Aliff mengaku salah kes khalwat mereka pada 27 Februari lalu.
Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat pada 9 Mac tahun lalu selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Dalam sebutan pertama kes berkenaan pada Julai tahun lalu mereka mengaku tidak bersalah.
Ketika isu khalwat itu berlaku, Aliff masih merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!