RSS Suria

RM10,000 dalam ASB lesap, anak remaja senyap-senyap berjoli macam orang kaya! Hati ibu remuk lepas semak penyata akaun

BAYANGKAN betapa luluhnya hati ibu bapa apabila mengetahui wang simpanan berjumlah ribuan ringgit di dalam akaun sebuah institusi kewangan lesap ‘dikerjakan’ anak sendiri.

Menerusi luahan di laman sosial, wanita berkenaan berkata wang tersebut adalah tabungan dia dan suami yang disimpan untuk membiayai pendidikan anak mereka kelak.

“Semalam aku baru sedar RM10,000 duit yang aku dan suami simpan dalam akaun Amanah Saham Berhad (ASB) anak kami lesap.

“Tahu siapa yang curi? Anak kami sendiri. Boleh anda bayangkan apa perasaan kami? Hancur luluh hati kami dikhianati anak sendiri,” tulisnya.

Ibu bapa lazimnya akan membuat persediaan awal untuk pendidikan anak-anak. -Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, akaun bank tersebut sememangnya dibuka khas untuk anaknya sejak kecil bagi menyimpan duit raya serta wang yang dikumpul bersama suaminya demi kegunaan masa depan khususnya pendidikan.

Tambahnya, dia hanya mengetahui wang tersebut ‘lesap’ selepas menerima penyata akaun yang dihantar ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 2K sebulan dihabiskan untuk keluarga… Ibu tak nampak pengorbanan anak, ‘sedap’ tuduh boros kalau cakap tak ada duit

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu enggan daftar anak masuk sekolah, takut diam-diam si manja belajar mencarut – "Jahat ke saya?"

“Apabila anak umur 18 tahun, automatik akaun tu di bawah nama dia. Kita sebagai penjaga pun tak dapat nak akses akaun tu.

“Semalam penyata ASB sampai dekat rumah. Jadi semalamlah baru sedar duit simpanan untuk pendidikan dan kecemasan lesap anak kerjakan senyap-senyap,” luahnya sambil menambah, mereka bukanlah daripada golongan keluarga yang senang.

Biarpun semua wang tersebut merupakan hak mutlak anaknya yang kini sudah menginjak usia 19 tahun, namun jauh di sudut hati dia amat terkilan apabila mengetahui ia digunakan untuk berjoli sakan.

Boleh dah tu suruh dia keluar dari rumah dan hidup berdikari.

NETIZEN

“Dia beritahu, ingat itu duit dia. Memang ada duit raya dia dalam tu tapi sebahagian besar duit yang ayah dia park dalam akaun tu untuk kegunaannya sambung degree nanti atau untuk apa-apa kecemasan. Ambil senyap-senyap tak inform tu curi la.

“Yang nampaknya, (beli) iPhone. Kasut berpasang-pasang, baju berhelai-helai walaupun mak bapa setiap tahun ada belikan juga.

“Apabila nampak dia belanja mewah, tanya mana dapat duit, dia kata ada buat side income di hostel,” luahnya lagi.

Netizen memberikan kata semangat buat wanita berkenaan.

Di ruangan komen, warga maya tampil menyarankan supaya wanita berkenaan dan suaminya mendidik anak mereka erti berdikari sebagai pengajaran di atas perbuatannya itu.

Stop tanggung dia. Sekarang suruh dia berdikari di atas kiraan RM10,000 yang dicuri tu. Jadi parents jangan lembik sangat.

“Boleh dah tu suruh dia keluar dari rumah dan hidup berdikari. Rasa sendiri macam mana susah cari duit.

“Mesti sedih sebab belakangkan ibu bapa untuk amount sebanyak itu dan bukan guna untuk benda penting. Boleh bayang remuk hati,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top