MENYAMBUT ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Fasha Sandha turut berkongsi kata-kata romantis buat aktor Aidil Aziz.
Lebih istimewa lagi, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menulisnya dalam sepucuk surat dengan tulisan tangan sendiri.
Lapan tahun hidup bersama sebagai suami isteri, pelakon ini terus mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua.
Ucapan Fasha buat Aidil.
“Sudah lapan tahun sambut birthday awak. Daripada muka chubby sampai muka kecut. Saya masih sayangkan awak.
“Saya harap kita akan tua bersama anak-anak dengan penuh harmoni dan berkasih sayang,” luahnya.
Fasha meraikan ulang tahun Aidil yang ke-38 dengan membawa saminya itu kelur makan berdua pada awal pagi Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha terima Anugerah Pingat Jasa Baik, tampil anggun mengenakan busana pertunangan berusia 7 tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah biasa hidup sederhana, Fasha Sandha kecewa pramugari persoal naik kelas ekonomi
Meluangkan masa bersama, kata Fasha dia mahu menikmati detik romantis tanpa membawa anak-anak.
“Kali ini hanya kita bedua. Tiada kejutan. Hanya mahu bersama awak, romantis sikit,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang kagum dengan usaha Fasha itu selain memuji kekemasan tulisannya dalam surat berkenaan.
Fasha dan Aidil bersama anak mereka.
“Seronoknya dapat luahkan rasa cinta terhadap suami melalui tulisan.
“Tulisan dia, sama jelita dengan rupanya,” komen netizen.
Untuk rekod Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 9 Mac 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia lima tahun.
Fasha juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube