RSS Suria

Ruang komen IG diserang netizen, Syazwan Zulkifly bukan pelakon tumbuk kekasih – “Malulah sikit main tuduh-tuduh”

NAMA aktor Syazwan Zulkifly tidak terkecuali dikaitkan dengan dakwaan seorang pelakon lelaki menumbuk teman wanitanya pada awal pagi Ahad.

Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 37, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menasihati netizen untuk tidak membuat tuduhan melulu.

“Brother, itu bukan saya. Malulah sikit main tuduh-tuduh orang macam ni,” katanya.

syazwan1 - 1

Syazwan memberi respon terhadap komen netizen.

Syazwan menafikan dakwaaan tersebut dalam ruangan komen di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga dilihat seperti terpinga-pinga apabila ramai netizen yang meninggalkan komen di hantaran foto terkini miliknya di Instagram.

Kebanyakan netizen menyerang aktor berkenaan di ruangan komen kerana mendakwa Syazwan merupakan pelakon yang dikatakan memukul teman wanitanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya – “Tahulah muka aku jahat…”

Bagaimanapun Syazwan tidak memberi ulasan lanjut dan hanya meninggalkan tanda soal pada setiap komen yang ditinggalkan.

Pada Isnin, seorang pelakon lelaki popular berusia 37 tahun didakwa memukul teman wanitanya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada petang Ahad.

Selain Syazwan, nama pelakon Ammar Alfian antara yang dipetik sebagai individu dimaksudkan.

Tampil menjawab tuduhan tersebut, Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, turut menyangkal suspek yang merupakan seorang pelakon itu adalah dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top