RSS Suria

Rumah kosong, semua barang dirompak! Pemuda lega kucing kesayangan selamat, pandai sembunyi walau ketakutan

KEJADIAN pecah masuk rumah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun kediaman sudah dikunci atau dikawal ketat.

Penghuni pastinya berdepan kerugian besar apabila perompak ‘berjaya’ mengambil barang-barang berharga.

Bukan itu sahaja, penghuni juga mungkin mengalami trauma apabila perompak bertindak agresif serta membuat ugutan.

Keadaan rumah selepas disamun oleh perompak.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda bernama Jiey yang berkongsi rakaman video menunjukkan keadaan rumahnya selepas dirompak.

Menurut lelaki ini, kejadian rompakan tersebut berlaku sewaktu dia tiada di rumah.

“Rumah dimasuki pencuri saat tuan rumah pergi kerja,” tulisnya menjelaskan situasi dalam video.

Berdasarkan rakaman dimuat naik Jiey, perompak tersebut dipercayai mengambil semua barang di dalam rumahnya namun tidak dinyatakan jumlah kerugian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bertopi keledar gertak, samun remaja dalam lif… Tak sampai 48 jam polis jemput depan rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: Lihat perompak bersenjata santai terjah rumah, orang awam mula rasa tak selamat, “Masuk rumah macam ada birthday partyâ€

Ketika membuat rakaman video, lelaki ini menarik perhatian ramai apabila menunjukkan seekor kucing dalam ketakutan sedang bersembunyi di bawah kerusi berhampiran sangkarnya.

Si bulus berwarna oren itu dipercayai takut melihat individu tidak dikenali masuk ke kediamannya lalu mencari tempat berlindung yang dirasakan selamat.

“Rumah dipecah masuk pencuri. Habis semua barang.

“Yang tinggal hanyalah seekor siamang (kucing),” ujarnya pada ruangan kapsyen.

Kasihan siamang tu trauma. Nak bercakap tapi tak boleh.

NETIZEN

Video yang dikongsikan ini meraih lebih 900,000 jumlah tontonan selepas dimuat naik di TikTok.

Rata-rata wargamaya bersimpati dengan nasib menimpa Jiey yang terpaksa menanggung kerugian selepas rumahnya dirompak.

Dalam pada itu, terdapat beberapa netizen menzahirkan rasa syukur apabila melihat kucing tersebut berada dalam keadaan selamat.

Komen netizen pada video tular.

“Yang penting ia (kucing) tidak diapa-apakan.

“Nasib baik mereka tak ambil sekali dengan kucing tu.

“Kasihan siamang tu trauma. Nak bercakap tapi tak boleh.

“Mujur ia selamat tak ada apa. Kalau saya, ambil je la barang apa yang nak, janji kucing saya selamat. Tak hilang keluar dari rumah. Barang boleh cari, kucing kesayangan tak sama dengan yang lain,” komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top