KONTROVERSI melibatkan personaliti media sosial sering diperkatakan netizen sehingga memberi tempias kepada imej kebanyakan ‘content creator’ lain.
Dalam hal ini, Ryan Bakery, 30, berpendapat seorang personaliti media sosial perlu menyedari tanpa sokongan mereka tidak akan dikenali sehingga berjaya mengumpul jutaan pengikut.
“Orang yang ada pengikut berjuta tetapi tidak boleh disentuh maksudnya dia tidak sedar diri.
“Kita kena sedar apa yang kita ada hari ini atas sebab orang menyukai konten kita. Kalau orang sudah tidak mengikuti, maka hilanglah semuanya.
Ryan menasihati rakan pempengaruh untuk sentiasa sedar diri dan jaga adab.
“Tentang adab pula, ia memang sewajarnya ditegur. Adab nombor satu,” katanya kepada mStar.
Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2024 (GMWA2024) yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Ryan berkata setiap pempengaruh harus menjaga adab dalam membuat kandungan di media sosial agar tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.
Kata Ryan, bukan semua individu boleh menerima lawak jenaka yang dilakukan secara terbuka.
ARTIKEL BERKAITAN:Fokus Ryan Bakery bukan populariti tapi cari rezeki sara keluarga
ARTIKEL BERKAITAN:“Minta maaf makcik” – Imran Bard respons permintaan Ellie Suriaty, ibu dalam wad tak dapat mohon maaf
“Kena berhati-hati untuk membuat content lebih-lebih lagi melibatkan dengan nama orang lain dan sebagainya.
“Kita perlu berhati-hati apabila membuat konten terutama yang melibatkan nama seseorang individu.
“Awak juga adalah seseorang yang dikenali dan begitu juga dengan nama individu yang disebut. Mungkin ada segelintir yang boleh terima jenaka seperti itu tetapi bukan semua orang sama,” ujarnya.
Mengulas mengenai seorang influencer yang didakwa memperlekehkan pelakon senior, Ryan menasihati pempengaruh itu untuk membuat permohonan maaf dan mengambil iktibar dari insiden tersebut.
Orang yang ada pengikut berjuta tetapi tidak boleh disentuh maksudnya dia tidak sedar diri.
RYAN BAKERY
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
“Nasi sudah jadi bubur, minta maaf secara profesional dan jangan panjangkan lagi masalah itu. Bila ego tinggi ia jadi susah dan sukar.
“Sebagai orang muda kita mungkin tidak tahu sangat perasaan orang tua, bukan semua orang boleh terima lawak kita.
“Saya pun pernah dikecam gara-gara hal yang lebih kurang sama. Kemudian saya buat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa saya tidak ada sebarang niat. Saya ambil pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ryan berkongsi rasa teruja apabila memenangi kategori Digital Creator (Entertainment) Tergempak di GMWA2024.
Isteri (kanan) merupakan individu yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan Ryan.
Cerita Ryan, pada awalnya dia hampir menarik diri daripada menyertai acara berkenaan kerana berasa bimbang dengan isu buli siber yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“Sewaktu nama saya dicalonkan dalam GMWA2024, saya seperti tidak mahu menyertainya kerana bimbang dengan isu buli siber yang pernah berlaku sebelum ini.
“Saya rasa zaman saya sudah habis tetapi isteri yang menjadi pendorong untuk saya terus bersemangat bersaing dalam acara GMWA2024 ini.
“Kata isteri, kalau tiada peminat yang mencalonkan dan mengundi saya tidak akan sampai ke tahap sekarang,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!