PERSONALITI media sosial Ryzal Ibrahim tidak lagi menunggang basikal kerana mahu mengelak diri daripada bergaduh dengan pengguna jalan raya yang lain seperti video yang tular pada Ahad.
Kata Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 33, dia juga sudah memulangkan kembali basikal yang ingin dibeli kepada tuannya.
“Sebab saya dah tak menunggang basikal lagi adalah untuk elak bergaduh seperti video yang tular.
Ryzal jual basikal yang ingin dibelinya sebelum ini.
“Saya bagi balik basikal pada tuan punya badan, tak jadi nak beli,” katanya.
Ryzal memberi respons itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada pagi Isnin selepas tular isu melibatkan penunggang basikal bergaduh dengan pemandu bas sebelum ini.
Bercerita lanjut, Ryzal berpendapat, jalan raya di Malaysia sememangnya bukan untuk menunggang basikal, bagaimanapun perkara itu berbalik kepada sikap bertimbang rasa pengguna lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Ryzal minta maaf, tiada niat letak al-Quran atas sejadah
ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam kongsi foto isteri berpakaian ketat, Ryzal Ibrahim terima teguran dengan hati terbuka
Malah tambah Ryzal, jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini mereka yang berbasikal tetap bersalah di sisi undang-undang.
“Jalan raya di Malaysia bukan untuk berbasikal, bukan kata tak boleh tapi pemandu jalan raya ni bukan semua bertimbang rasa.
“Kalau pengguna jalanraya lain terlanggar atau sengaja langar sekalipun, penunggang basikal tetap salah. Undang-undang akan berpihak kepada pemandu.
Tular video sekumpulan penunggang basikal bertikam lidah dengan seorang pemandu bas.
“Kalau selalu berbasikal mesti akan perasan pesanan di billboard ‘menunggang basikal di jalan raya merbahaya,” jelasnya.
Pada Ahad tular video yang memaparkan sekumpulan penunggang basikal bertikam lidah dengan seorang pemandu bas di Bestari Jaya, Selangor.
Perkara itu berlaku gara-gara pemandu bas tidak berpuas hati dengan laluan yang digunakan penunggang basikal ketika mereka berbasikal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube