SEORANG wanita berkongsi kisah anaknya dihukum oleh guru kerana kesalahan yang dilakukan murid lain.
Dalam perkongsian di Thread, dia berkata guru itu menyangka anaknya tidak menghantar buku latihan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Namun selepas disiasat, guru itu mendapati buku anaknya sebenarnya diambil oleh rakan sekelas.
Murid perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh guru. -Gambar hiasan AI
“Anak aku kena rotan dengan cikgu. Berbirat tangan. Puncanya tak hantar buku. Tapi anak aku mati-mati cakap dia dah hantar.
“Aku mesej bertanya kepada cikgu. Bukan apa, aku risau buku dia hilang. Esoknya cikgu balas mesej. Rupanya ada rakan sekelas ambil buku anak untuk tiru.
“Ia berlaku tanpa pengetahuan cikgu. Cikgu tu ingat anak aku tak siap kerja dan reka alasan buku hilang. Aku hanya balas okey, aku kata nasib baik jumpa buku,” tulisnya.
- Murid dihukum kerana disangka tak hantar buku.
- Rupanya buku diambil rakan yang mahu meniru.
- Ibu anggap insiden sebagai pengajaran.
- Guru minta maaf, murid bersalah turut dihukum.
- Netizen puji sikap tenang si ibu.
Menurut wanita itu, dia tidak melenting dengan kejadian berkenaan, sebaliknya mahu ia menjadi pengalaman berharga buat anaknya.
Malah, dia berkata guru tersebut juga sudah memohon maaf dengan anaknya selepas mengetahui perkara sebenar.
“Saya suruh anak lelaki pergi cakap sendiri baik-baik dengan cikgu yang dia salah rotan. Dia update yang dah settle dengan cikgu. Cikgu pun minta maaf kepadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut mak ayah susah hati, pelajar sekolah agama tutup mulut jadi mangsa buli… Ustazah pula tak berani bertindak risau diviralkan
ARTIKEL BERKAITAN: Eloklah rampas, rotan la! Mak izin cikgu hukum anak di sekolah… Tak terkejut pengetua jumpa vape, telefon dalam beg
“Jadi saya tak perlu nak emosi sehingga merosakkan reputasi anak. Dia dah selesaikan sendiri. Itu pengalaman yang bagus untuknya,” tulis wanita itu lagi.
Tambahnya, murid yang mengambil dan meniru buku anaknya juga sudah menerima hukuman rotan daripada guru berkenaan.
Di ruangan komen, beberapa netizen turut memuji cara wanita itu yang sangat berhemah dalam menguruskan masalah anaknya.
Guru berdepan dengan pelbagai kerenah murid setiap hari. -Gambar hiasan AI
“Well done mommy. Saya suka macam ni. Tak mudah melatah. Insiden ini beri peringatan kepada cikgu untuk siasat dulu sebelum hukum.
“Saya setuju dengan puan. Kita sebagai mak ayah tak boleh juga terlalu back up anak. Satu hari nanti, mereka akan hadap sendiri semua ketidakadilan dalam dunia ini.
“Moga anak awak cemerlang. Saya suka mak ayah berlapang dada macam ni. Tahniah. Tak melatah dan sangat tenang,” tulis netizen.