RSS Suria

Sahabat tergamak hina sebab lemah bahasa Inggeris, tak bagi baca nota – “Kau bukan faham, tak kan pandai pun”

MAMPU bertutur dalam bahasa asing merupakan satu kelebihan pada zaman sekarang.

Tidak hairanlah ramai yang mula menyertai kelas-kelas bahasa mengikut minat dan keperluan industri.

Di laman TikTok, seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana masih tidak berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Malah katanya, kekurangan tersebut membuatkan dia sering dihina orang sekeliling.

Menguasai bahasa asing adalah satu kelebihan. -Gambar hiasan

Menguasai bahasa asing adalah satu kelebihan. -Gambar hiasan

“Macam mana nak pandai English ya. Sumpah penat kena hina, saya boleh faham kalau baca tapi apabila nak buat ayat atau cakap, ‘auto’ bodoh.

“Tolong bagi penyelesaian, perkara ni buat saya down dari dulu sehingga sekarang,” luahnya.

Lebih menyedihkan apabila dia pernah dihina oleh rakan baiknya sendiri semasa belajar di tingkatan 5.

ARTIKEL BERKAITAN:Biadab! Pelajar ‘terpaling’ benci penjajah ‘sound’ guru guna bahasa Inggeris ketika mengajar Matematik

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu bapa disindir cakap bahasa Inggeris dengan anak-anak… Bekas pensyarah pesan pedulikan mulut orang!

Malah katanya, rakan baik secara terang-terangan mengelak untuk berada dalam kumpulan yang sama dengannya untuk ujianMalaysia University English Test (MUET).

“Saya pernah kena hina dengan kawan baik sendiri sebab jadi partner MUET dia.

Saya dulu English memang ‘ke laut’, tapi saya baca novel dan tonton movie… tak faham boleh Google terus.

WARGA MAYA

“Dia tak boleh terima dan macam-macam dia buat, saya rasa dia takut markah rendah sebab saya, padahal penilaian secara individu.

“Pernah depan saya sendiri, dia minta tukar partner… sumpah sakit ya, down sangat masa tingkatan 5 tu,” tambahnya yang terkilan dengan tindakan rakan baik itu.

Menurut wanita ini, dia juga pernah diherdik kerana ingin membaca nota bahasa Inggeris rakannya.

Warga maya berkongsi beberapa kaedah untuk memantapkan bahasa Inggeris dengannya.

“Saya nak tengok nota English kawan, dia cakap ‘tak guna kau baca, kau bukan faham pun, tak akan pandai lepas baca nota tu’.

“Dia betul-betul ‘pijak’ saya disebabkan bahasa Inggeris,” luahnya sayu.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya, dengan ramai yang berkongsi kaedah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris.

Pada masa sama, ada yang memintanya untuk menjauhkan diri daripada rakan toksik seperti itu.

“Saya dulu English memang ke laut, tapi saya baca novel dan tonton movie… tak faham boleh Google terus, kadang dapat perkataan baru dari situ.

“Betul, penat buat macam-macam cara tapi hasil sama je, tak ada perkembangan.

“Mungkin awak kena mula bercakap, cakap je tak kira Grammar betul atau tidak,” demikian antara nasihat warga maya.

Scroll to Top