PELAKON Saharul Ridzwan memohon maaf kepada isterinya kerana bertindak menjual hadiah ulang tahun perkahwinan yang diberikan kepadanya iaitu sebuah kereta jenis Honda Jazz.
Saharul atau Saharul atau Muhammad Saharul Ridzwan Hashim, 36, berjanji akan membelikan kereta baharu buat isterinya iaitu Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir jika dikurniakan rezeki.
“Sayang (panggilan Deena), saya minta maaf sebab hadiah pada tahun 2020 ini sudah dijual.
Individu dari Kelantan beli kereta Honda Jazz milik isteri Saharul.
“Tidak mengapa, jika ada rezeki nanti saya hadiahkan kereta lain,” katanya.
Saharul berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Saharul memberitahu kenderaan tersebut dibeli oleh seorang individu berasal dari Kelantan.
Katanya, ketika ini dia dalam sedang dalam proses menukar nama kenderaan tersebut kepada pemilik baharu.
ARTIKE BERKAITAN:Mercedes Benz milik Saharul Ridzwan sudah ada pembeli… Lelaki letak deposit lepas 10 minit kongsi video, ada wanita terjah pejabat mahu beli ‘cash’
ARTIKEL BERKAITAN:Syukur rumah di Cyberjaya dah berjaya dijual, Saharul Ridzwan harap pengorbanan ada hikmah
“Alhamdulillah kereta ini sudah terjual, orang Kelantan yang beli.
“Jadi sekarang dalam proses tukar nama kepada pemilik baharu,” katanya.
Pada 16 Mei lalu, Saharul memuat naik video mahu menjual kereta Honda Jazz itu dengan alasan ada rezeki lain yang menanti.
Ia adalah hadiah Saharul buat isteri bersempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka.
Saharul percaya ada rezeki lain di kemudian hari.
Sebelum ini, Saharul pernah menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta jenis Mercedes Benz dan sebuah kondominum di Cyberjaya pada tahun lalu.
Untuk rekod, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa yang kini berusia 2 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!