LEBIH 10 tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, pelakon dan penyanyi Alif Satar sudah terbiasa meraikan lebaran di ibu kota.
Tanpa suasana di desa, sambutan 1 Syawal Alif, 35, tetap meriah memandangkan kediaman keluarganya menjadi ‘markas’ buat sanak saudara dan rakan-rakannya.
Lebih istimewa, tahun ini dia sekeluarga meraikan hari raya di kediaman baharu.
Alif dan isteri pastikan raya di KL tetap meriah.
“Rasanya memang kawan-kawan pun tahu saya beraya di Kuala Lumpur. Jadi biasanya mereka akan datang ke rumah saya.
“Rumah saya sudah jadi ‘HQ’ (ibu pejabat) untuk berkumpul setiap kali hari raya,” katanya kepada mStar.
Seperti kebiasaan kata Alif, dia dan keluarganya akan menunggu kehadiran tetamu dengan hidangan istimewa iaitu laksa.
ARTIKEL BERKAITAN:Faizal Tahir ajak Alif Satar anjur qiamullail, mahu ‘kejutkan’ masyarakat selepas berlaku semula serangan di Gaza
ARTIKEL BERKAITAN:Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atasjalanraya
Menurut Alif juga dia cuba menghidupkan suasana seperti di kampung menerusi hiasan keliling rumah supaya anak-anaknya dapat merasakan pengalaman berbeza.
“Anak-anak masih dapat menikmati suasana kampung. Saya cuba hidupkan keliling rumah seperti berada di kampung.
“Biasanya 1 dan 2 Syawal kami sekeluarga memang tidak akan keluar rumah.
Alif masih sempat fikir hal kerja dalam tempoh cuti raya.
“Rakan-rakan saya tahu ada laksa dan sebab itu mereka datang,” ujarnya.
Tambah Alif lagi dia juga tidak mengambil banyak tawaran persembahan atau lakonan sepanjang Syawal.
Bagaimanapun tempoh tersebut di manfaatkan untuk dia memberi fokus kepada perniagaan diusahakan.
“Dari segi kerjaya seni mungkin akan rehat lama sikit pada Syawal ini tetapi saya masih ada kerja-kerja lain perlu diselesaikan,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!