PELAKON meningkat naik Nik Rifaie berani menyahut cabaran dengan mengubah penampilannya mengikut watak yang diberikan.
Menurut Nik yang kini memegang peranan sebagai Aidil dalam drama Putri & Phrince dia sanggup membuang jambang demi memaparkan wajah muda remaja sesuai dengan karakter dibawa.
Mengakui pada mulanya agak keberatan untuk menyahut cabaran berkenaan, namun disebabkan mahu menyesuaikan watak dia rela membuang ‘jambang kapak’ miliknya itu.
Nik berat hati korbankan jambang kesayangannya.
“Saya bukan sekadar nak jadi pelakon tetapi mahu dikenali sebagai penghibur. Saya juga bukan nak ketengahkan wajah kacak semata-mata, sebaliknya saya bersedia untuk bereksperimen dengan mengubah gaya yang sesuai mengikut karakter.
“Ya, saya cukur jambang untuk drama ini. Sebenarnya sebelum menjalani penggambaran ini saya ke Mesir. Masa itu saya simpan jambang ini, kemudian balik saja terus saya cukur.
“Memang berat hati kerana jambang ini paling ‘rare’ dan tidak pernah dilakukan orang,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Pelakon ‘Project: High Council’ tiada aplikasi dating, nafi perdaya wanita buat perkara tak senonoh
ARTIKEL BERKAITAN:Hanya ada RM200 dalam poket, Badron Munirah ‘gamble’ datang KL kejar impian bergelar pelakon
Mengulas lanjut mengani perkara itu, Nik memberitahu disebabkan penampilan jambangnya itu juga dia menerima tawaran lakonan daripada seorang pengarah untuk sebuah drama.
“Disebabkan imej ini juga saya dapat panggilan pengarah yang minta saya simpan jambang itu.
“Saya rasa bila saya berani meneroka ia seperti membuka rezeki untuk saya,” ujarnya.
Sebagai pelakon, Nik mengakui suka mencuba sesuatu yang baharu terutama dalam menghasilkan penampilan pelik dan jarang dikenakan orang ramai.
Saya memang suka teroka.
NIK RIFAIE
PELAKON
Katanya pelbagai penampilan pernah dia digayakan termasuk menaikkan berat badan yang dilakukan sekadar suka-suka.
“Selain itu, saya juga pernah potong rambut sebelah saja kerana mengambil inspirasi daripda Zayn Malik. Saya memang suka teroka perkara yang tidak pernah orang lain lakukan.
“Tapi saya suka sahut cabaran dengan menjadi gemuk, kurus atau tidak berjambang,” kongsinya.
Nik sentiasa bersedia untuk ubah penampilan demi watak.
Dalam perkembangan lain, Nik memberitahu dia teruja untuk berkerjasama dengan Liyana Jasmay yang bertindak sebagai pengarah kerana aktres berkenaan sentiasa percaya dengan bakat yang dimiliknya.
Jelasnya berkerja dengan pelakon-pelakon baharu juga memberi keselesaan dan pengalaman yang berbeza.
“Saya terima tawaran ini sebab saya pernah berkerja beberapa kali dengan Liyana, dia nampak bakat saya.
:Dia sanggup ambil risiko dengan ambil pembantu peribadi sebagai pelakon. Saya terhutang budi sangat dengan dia,” kongsinya.
Selain Nik, drama Putri & Phrince turut dibintangi oleh Badron Munirah, Adriana Adnan, Nesa Idrus, Farah Nadiah, Adriana Adnan,Farihin Arnia dan Khayrisyah Kemal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube