RSS Suria

Sangka awek berubah sebab sakit, lelaki bayar lebih 16K minta rakan ‘berubat’… Akhirnya putus jua – “Dia kata saya syirik”

BENARLAH ungkapan manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta.

Begitu juga dengan seorang lelaki yang sanggup berhabis lebih RM16,000 demi memastikan kekasih hati yang dipercayai sakit, kembali pulih.

Staf di sebuah kedai urut di Johor itu berkata kisah bermula apabila seorang rakan sekerja menawarkan diri merawat teman wanitanya yang dilihat mengalami perubahan personaliti.

Perselisihan faham dalam hubungan adalah perkara biasa. - Gambar hiasan

Perselisihan faham dalam hubungan adalah perkara biasa. -Gambar hiasan

“Pada 25 September 2023 saya diminta membuat pembayaran sebanyak RM450 secara dalam talian. Keesokannya dia memaklumkan akan merawat secara jarak jauh, sebelum saya memasukkan RM200 lagi ke akaun yang sama.

“Saya membuat pembayaran sebanyak tiga kali lagi berjumlah RM12,800 sehingga penghujung Oktober 2023,” kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik rugi, ada hati nak pinjam duit kawan RM30,000! Netizen kata sah kena tipu, siap kongsi cara nak perdaya scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Baik hati bagi nombor OTP, peniaga char kuey teow terduduk kena tipu… Scammer kikis sampai tinggal RM1.97!

Lelaki berkenaan turut berkongsi dua laporan polis yang dibuat berkaitan isu ini di media sosial.

Tambahnya, sehingga hujung Oktober 2023, walaupun sudah membuat pembayaran, teman wanitanya masih tidak berubah sikap dan hubungan mereka berdua akhirnya putus.

Saya mengalami kerugian sebanyak RM16,650.

MANGSA

“Kami putus kerana perselisihan faham. Kemudian rakan yang mengubati teman wanita mengatakan sebenarnya saya yang syirik.

“Saya syaki telah ditipu olehnya. Saya mengalami kerugian sebanyak RM16,650,” katanya.

Tambahnya, selain menggunakan simpanan sendiri, dia turut meminjam sehingga dikenakan faedah semata-mata mahu mengubati teman wanitanya.

“Jika diikutkan jumlahnya RM13,450 sahaja tetapi termasuk dengan faedah jumlahnya menjadi RM16,650,” katanya.

Bomoh menggunakan pelbagai helah untuk menipu. - Gambar hiasan

Bomoh menggunakan pelbagai helah untuk menipu. – Gambar hiasan

Jelasnya perkongsian itu bertujuan mendapatkan kembali wangnya dengan harapan ahli keluarga rakan sekerja itu mengetahui tentang kegiatannya.

Sementara itu, ketika dihubungi mStar lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu menjelaskan perkongsiannya di media sosial termasuk gambar individu terbabit bertujuan bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Cuma nak bagi orang lain berwaspada dengan individu berkenaan. Lebih-lebih lagi yang kurang pengetahuan agama.

“Jatuh syirik pemikiran kami atas benda yang direka-reka. Malah, berhutang berbunga gara-gara percaya dengan benda yang tiada,” katanya.

Scroll to Top